Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuan Guru Haron Din Minta Dikebumikan Di AS - Mohd Shukri


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Allahyarham Datuk Dr. Haron Din, Mursyidul Am Pas, pernah berpesan kepada ahli keluarga serta rakan rapatnya supaya dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) sekiranya beliau ditakdirkan meninggal dunia di negara tersebut.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli, menjelaskan bahawa `amanat’ tersebut disampaikan Allahyarham pada 10 September lalu sebelum bertolak ke AS, tulis Utusan.

“Saya dimaklumkan mengenai pesanan Allahyarham ini oleh warisnya, dan kita hormati `amanat’ ini, tetapi tertakluk kepada waris Allahyarham. Ini kerana amanat itu mungkin disampaikan sebagai persediaan ketika itu kerana pembedahan yang dijalani oleh Allahyarham merupakan kali keenam,” katanya ketika dihubungi Utusan hari ini.

Tambahnya lagi, terdapat permintaan daripada rakyat Perlis supaya Allahyarham dikebumikan di negeri kelahirannya itu, tetapi menegaskan bahawa `amanat’ yang diberikan perlu dituruti.

“Kita kena hormat pesanan Allahyarham. Kalau ikut Islam pun, perlu segerakan urusan pengebumian jenazah, dan solat jenazah ghaib juga akan diadakan di Kompleks Pas Perlis, Kangar, selepas dimaklumkan jenazah telah dimandikan di AS,” jelas beliau.

Menurut pembantu Haron yang enggan dikenali, pihak keluarga masih berusaha untuk membawa pulang jenazah Allahyarham yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Stanford, California, kerana Amerika Syarikat mempunyai syarat tertentu dalam proses membawa pulang jenazah hari ini.

“Antara syarat utama adalah dengan mengeluarkan semua cecair dalam jenazah sebelum boleh dibawa pulang menggunakan penerbangan komersial, namun buat masa ini, pihak keluarga tidak bersetuju dengan syarat berkenaan dan kami masih berusaha untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke tanah air seberapa segera,” katanya ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Bangi, hari ini.

Jelasnya, sekiranya syarat itu masih perlu dipatuhi besar kemungkinan jenazah Allahyarham mungkin dikebumikan di AS.


“Kami tidak tahu dan masih menunggu perkembangan selanjutnya. Pihak keluarga masih berusaha untuk membawa pulang jenazah Tuan Guru,” katanya.


Sumber: Utusan Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli