Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tuan Guru Haron Din Meninggal Dunia


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din,76, dilaporkan telah meninggal dunia jam 10.10 pagi sebentar tadi selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Berita pemergian Tuan Guru Haron Din ini telah dimuatnaik dalam ke laman Facebook  rasmi Tuan Guru iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official).


Perkara ini turut disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi.

"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. 




Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani juga telah memuatnaik satu status mengesahkan berita ini.


Laporan sebelum ini menyatakan Tuan Guru telah berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya di mana sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu.

BACA: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din Kritikal

Semoga Roh Murabbi Ummah ini ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli