Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Mahu Menyewa Kereta Ketika Melancong, Ikuti Tip Ini Dan Anda Boleh Bawa Kenderaan Masuk Ke Thailand

No Comment

Antara perkara yang menjadi keutamaan ketika melancong ke luar negara adalah pengangkutan atau kenderaan yang ingin digunakan ketika tiba ke destinasi yang dituju kelak. Ianya merupakan salah satu aspek penting, lebih-lebih lagi jika destinasi yang ingin dituju mempunyai jarak yang jauh antara satu sama lain. Kita mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan pemandu pelancong, atau menggunakan pengangkutan awam atau pun, boleh juga menyewa dan memandu kereta dengan sendiri.

Tetapi, jika pergi ke negara yang terdekat, iaitu negara jiran, kalau boleh ingin juga membawa kenderaan sendiri. Mana tidaknya, boleh memandu dari tempat tinggal, melepasi sempadan, dan terus ke tempat yang ingin dituju, semuanya nampak lebih mudah jika boleh membawa kenderaan sendiri kan?

Ha, ianya boleh sahaja, cuma mestilah ada peraturan atau langkah yang perlu diikuti. Di sini admin ingin kongsikan, bagaimana caranya untuk membawa masuk kenderaan ke negara Thailand. Tip ini dikongsikan oleh saudara Firdaus Aznan sewaktu memasuki negara Thailand, dengan menggunakan keretanya sendiri, jom kita 'usha' sikit!


Saya Nak Share Tips Untuk Bawa Kenderaan Masuk Ke Negara Thailand

a. Sediakan item ni sebelum bertolak ke thailand


1. Passport


2. Salinan Geran Kenderaan 

Foto Firdaus Aznan

3.Slip Maklumat Kenderaan 
    *(dapatkan di pejabat jpj berhampiran rm20 utk sekeping bole digunapakai setahun)

Foto Firdaus Aznan

*Bila anda sampai berhampiran border anda bole lihat kedai2 utk membuat insurans kenderaan utk masuk ke negara thailand

b. Pastikan anda beli

1. Insurans kenderaan mengikut tempoh yg diperlukan

Foto Firdaus Aznan

2.Slip Pasport (kertas putih kecil utk dikepilkan bersama pasport)

* Semasa tiba di imigresen malaysia serahkan pasport utk semakan, setelah selesai teruskan perjalanan hingga ke imigresen thailand.

* Serahkan pasport bersama slip kertas putih kecil pd pegawai imigresen.

* Setelah selesai urusan pasport, serahkan salinan geran , slip data kenderaan pada pegawai kastam n deklarasi thailand...

* Anda akan diberi 1 borang utk tandatangan, selesai tandatangan anda da bole meneruskan perjalanan ke negara thailand


Semoga perkongsian ini bermanfaat

Bole share jika tiada keberatan semoga ia bermanfaat buat semua

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli