Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tidak Dapat Merasa Air Tangan Ibu, Kerana Tetamu Berkunjung Tidak Kena Waktu

No Comment

Budaya ziarah-menziarahi memang digalakkan sesama umat Islam, dan ia tidak terbatas kepada sesebuah agama, mahupun bangsa. Setiap kepercayaan ada adab-adab yang ditekankan dalam hal ini. Dengan budaya ini, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim, kekeluargaan mahu pun hubungan antara sahabat.

Namun begitu, ramai yang terlepas pandang akan adab-adab menziarah rumah orang. Antara adab menziarahi adalah, memberi salam, masuk apabila dijemput, tidak berdiri berhadapan dengan pintu masuk, juga berkunjung pada waktu yang sesuai.

Bagi waktu untuk melawat, biarlah semasa tuan rumah bersedia, atau tidak dalam kesulitan, mahu pun sedang beristirehat bersama keluarga, bagi mengelakkan ini berlaku, buatlah panggilan kepada tuan rumah terlebih dahulu sebelum bertandang ke rumah mereka.

Admin ingin kongsikan coretan seorang insan yang merasakan, keluarga mereka sering kali dikunjungi tetamu pada waktu yang tidak sesuai ketika mereka sedang meluangkan masa bersama.
_________________________________________________________________________________

Aku (Along) ada 5 orang adik beradik, semuanya masih belajar. 4 di IPT dan 1 masih bersekolah. Parents aku kerja biasa-biasa je.

Mak aku memang pandai masak, semua orang cakap macam tu. Jadi bila tiba musim perayaan, rumah kitaorg memang meriah dengan tetamu. Mak aku pun happy, dia memang suka jamu orang.

Masalahnya aku ada sorang pakcik ni dia tiap-tiap minggu melawat rumah aku ni. Dan dia suka melawat pada waktu makan tengah hari. Dia akan berlakon innocent, lepastu mak aku pun ajak dia makan, dan dia makan dengan gembiranya sampai kenyang dengan anak isteri dia sekali, sampai lauk semua habis. Selalu bila kita orang balik, kitaorang tak dapat merasa air tangan mak aku.

Mak ayah aku kerja biasa-biasa je. Kitaorang adik beradik semua belajar jauh. Jadi bila kitaorg balik, mak ayah aku selalu beli ikan besar dan masak sedap-sedap untuk kitaorang. Kitaorang semua bergotong royong la masak sama-sama. Dan pak cik aku ni tak reti bahasa, datang pada waktu makan dan makan macam raja, siap kutuk masakan kitaorang, suruh buat air dan sebagainya. Dah la datang bukak peti ais, ambil makanan kitaorang.

Selalu sangat, dia menyelinap masuk bilik kitaorang, makan suplement yang ada. Sampai pass suplement pada anak bini dia. Mak ayah aku walau gaji tak besar boleh je spend duit untuk makan dan suplement kitaorang. Gaji sikit, lepas tu tanggung pakcik aku sekeluarga.

Pak cik aku ni bukan miskin. Kerja senior accountant, anak sorang, bini tak kerja, tapi suka sangat menumpang makan rumah orang. Pernah aku sound dia, tapi kejap je la dia merajuk. Tak lama lepas tu dia datang balik makan tengah hari rumah kitaorang tanpa menyumbang apa-apa.

Dah tu banyak kali dia tinggalkan anak tunggal dia kat rumah aku ni. Dah la budak tu memilih makan. Pernah dia tuduh aku tak bagi anak dia makan.

Dia datang mulut dia sibuk kritik orang. Pernah dia kata kat mak aku, takpayah sibuk uruskan kitaorg untuk belajar, biar kitaorg buat semua sendiri. Pernah jugak dia desak mak aku jual tanah murah pada dia. Kutuk kitaorg adik beradik jangan kata la.

Korang ada idea tak macam mana nak kasi dia behave sikit? Asal masa makan je dia datang. Asal kitaorang nak habiskan masa dengan keluarga je dia menyibuk. Rimas betul. Aku sound dia dulu pun habis semua sedara mara dia cerita aku kurang ajar.

Ni pun aku taip confession ni dalam kereta sebab dia tengah melahap lauk aku masak tadi. Aku tak sempat makan kot.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli