Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini]: Seorang Disahkan Maut, 2 Parah & Lebih 100 Cedera Tren Komuter Rempuh Stesen


New York, 29 Sep - Sebuah tren komuter di New Jersey telah merempuh platfrom di Hoboken pada pagi Khamis (waktu tempatan) menyebabkan lebih dari 100 cedera dan sekurang-kurangnya seorang disahkan maut manakala 2 lagi parah, kata pegawai tempatan.

Beberapa foto yang dimuat naik di media sosial menunjukkan keadaan struktur di terminal itu yang rosak dan juga atap runtuh.

Seorang penumpang, Leon Offengenden, berkata dia berada di salah satu bahagian gerabak ketika kepala tren itu melanggar platform.

"Orang ramai menjerit ketika kejadian berlaku", katanya.

"Ketika sudah berada di luar keretapi, seorang lelaki lalu dihadapan saya sambil memegang tangannya yang dalam keadaan berdarah", tambahnya lagi.



Pasukan kecemasan telah pun dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu penumpang dan juga membersih kawasan itu.

Sumber : CNN
Kemaskini :
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli