Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tangan Tersangkut Dalam Lubang Jamban, Seorang Lelaki Terpaksa Tidur Di Dalam Tandas

No Comment

Huizhou, China 17 Sept: Seorang lelaki terpaksa bermalam di dalam tandas selepas tangannya tersangkut, gara-gara ingin menyelamatkan telefonnya yang terjatuh ke dalam lubang jamban, 

Kejadian berlaku di rumahnya pada jam 2 pagi Selasa lalu, ketika lelaki berkenaan membuang air kecil, dan secara tidak sengaja telefon pintarnya terjatuh ke dalam lubang tandas.

Lelaki itu terus memasukkan tangan kirinya ke dalam lubang jamban untuk menyelamatkan telefon bimbit berkenaan tetapi lengannya tersangkut, dan lebih malang lagi, lelaki tersebut tinggal sendirian dan tiada siapa yang mendengar jeritannya bagi meminta petolongan.

Oleh sebab itu, lelaki tersebut terpaksa tidur di dalam tandas dalam keadaan tertiarap dan sebelah tangannya masih berada di lubang jamban.
Seorang jiran terdengar jeritan lelaki itu, pada jam 5 pagi, tetapi dia mengambil masa sejam untuk mengenal pasti apa yang berlaku sebelum menghubungi bomba.

Satu pasukan bomba yang tiba terpaksa memecah pintu kediaman lelaki berkenaan sebelum menemui mangsa terbaring dengan keadaan tangannya berada di dalam lubang tandas.

Bomba mendapati tangan lelaki itu sudah membengkak dan terpaksa memecahkan tandas berkenaan untuk membebaskan mangsa. 

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli