Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Tahan Dikritik Kerana Jadi Kopicat, CafeNasty Kopi Tarik & Dowan Kopi Tarik Umum Batal Pengeluaran Produk Mereka


7 Sep - Adakah peminat kopi di negara ini gemarkan sesuatu yang tulen? Dan apa yang akan berlaku sekiranya ada jenama kopi lain yang cuba menjadi 'kopicat' atau menciplak ketulenan dari jenama kopi lain?

Kesetiaan penggemar-penggemar kopi di Malaysia terhadap ketulenan rasa kopi akhirnya terjawab apabila dua jenama kopi terbaru, Dowan Kopi Tarik dan CafeNasty Kopi Tarik, terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan pengeluaran produk mereka berikutan kritikan hebat yang diterima dari penggemar kopi di negara ini.


Pengumuman pembatalan itu dibuat oleh kedua-dua jenama itu menerusi laman web mereka baru-baru ini.

"Cafe Nasty telah belajar dengan cara susah tentang betapa pentingnya menjadi original dan tidak meniru orang lain. Setelah menerima respon dari pengomen, Cafe Nasty tidak lagi akan melancarkan kopi tarik di dalam tin", tulis Cafe Nasty di laman web rasmi mereka.

"Malangnya, kami terpaksa menutup Dowan Coffee susulan maklum balas negatif tentang menjadi kopi tarik nombor 2 dalam tin dan mengikuti jejak langkah yang lain. Kami akan cuba cara lain", kata Tu, yang merupakan pengasas Dowan Coffee.

Selain itu, Dowan Coffee dan CafeNasty turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai penarikan itu di Facebook.



Sebelum ini, Dowan Kopi Tarik dan CafeNasty Kopi Tarik dihentam teruk oleh netizen susulan penyebaran video promosi mereka.

Video mereka menjadi viral sehingga dikongsi oleh beberapa page-page besar Malaysia.



Kebanyakan kritikan yang hadir mempersoalkan strategi jenama-jenama itu yang dilihat cuba meniru produk Wonda Kopi Tarik dan juga penggunaan nama-nama negatif seperti 'Nasty'.


Sumber : Cafe NastyDowan Coffee, FB Cafe NastyFB Dowan Coffee

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli