Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tak Jadi Potong Air Lepas Lihat Penghuni Lumpuh, Maklum Kepada Pihak Berwajib Untuk Salur Bantuan

Affandee menunjukkan bil tunggakan Sada lebih RM600.

SUNGAI PETANI - Hasrat kakitangan Syarikat Air Darul Aman (Sada) untuk memotong bekalan air di sebuah rumah di Bandar Amanjaya di sini terbatal selepas dia melihat penghuni rumah adalah seorang wanita lumpuh separuh badan bersama anak OKU yang kudung kedua-dua belah tangan.

Sebaliknya, kakitangan Sada itu mengambil keputusan untuk memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berwajib bagi membolehkan bantuan disalurkan.

Penghuni rumah berkenaan,  Hasnah Ibrahim, 58, yang lumpuh sejak Aidiladha baru-baru ini, berkata, dia mempunyai tujuh orang anak termasuk Hasnor Hafidy, 25, yang kudung kedua tangan sejak lahir.

Hasnah berkata, dia bersyukur kerana mempunyai anak yang boleh membantu menguruskan segal urusan sejak dia lumpuh.

Sejak sakit, anak keenam, Hasnor Affandee, 23, terpaksa berhenti kerja dan balik ke rumah menjaga kami berdua.

Dia juga menguruskan segala urusan rumah tangga termasuk memberi makan, minum dan mandikan makcik,” katanya.

Kata Hasnah, beberapa tahun sebelum ini, dia juga pernah diserang strok sebelah kiri tetapi boleh lagi bergerak.

Lepas sembuh, kena pula lagi sekali. Kali ini, hanya mampu mengharapkan bantuan Affandee angkat dan mandikan makcik. Masak pun dia siapkan untuk kami,” luahnya.

Difahamkan, Affandee sebelum ini bekerja dengan kontraktor Telekom Malaysia namun terpaksa melupakan pekerjaan itu untuk membantu keluarga kerana ibunya jatuh sakit.

Jelas Hasnah lagi, anaknya yang berusia 26 tahun, Hasnor Hafizy, bekerja di kilang berdekatan dan merupakan tulang belakang keluarga sejak suaminya meninggal tujuh tahun lalu.



Bil air cecah RM200 sebulan
Sementara itu, Affandee berkata, sebelum ini mereka membayar bil bulanan air Sada yang mencecah hingga RM200 sebulan sejak lebih setahun lalu tanpa mengetahui ada kebocoran paip.

"Bil tertunggak sejak tiga bulan sejak ibu jatuh sakit.

"Saya agak terkejut dimaklumkan oleh pihak Sada terdapat kebocoran paip menyebabkan bil air meningkat setiap bulan," katanya.

Akhirnya, masalah yang mereka hadapi mendapat perhatian meluas dan ada beberapa pihak yang tampil menghulurkan sumbangan termasuk kumpulan yang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan menukar paip bocor secara sukarela.

Tunggakan bil RM600 pula diselesaikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Senator Shahanim Mohd Yusoff yang menghantar kakitangannya ke rumah keluarga itu semalam.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mengesahkan Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik dan Terlantar sebanyak RM300 akan dinaikkan menjadi RM600 bermula Oktober ini melihat kepada syarat kelayakan yang dipenuhi.

Tambah Affandee, ayahnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan juga pernah diserang strok selepas jatuh dari tingkat tinggi.

Ayah terlantar selama tiga tahun sebelum meninggal dunia,” katanya yang kini terpaksa menguruskan hal abang dan ibunya yang terlantar.

Menurutnya, setiap pagi dia akan memastikan keperluan kedua-duanya mencukupi termasuk makan dan minum mereka.

Sumber : Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli