Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sisi Berbeza Seorang Jururawat Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang - Nukilan Jururawat Untuk Masyarakat

No Comment

Manusia tidak lepas dari memerlukan antara satu sama lain, kerana hidup di atas muka bumi ini, berpasang-pasangan. Kerusi dengan meja, pen dan kertas, lelaki dan perempuan, sihat dan sakit. Ya, sihat dan sakit, dan di sinilah khidmatnya diperlukan, boleh dikatakan sebagai seorang penjaga, atau pun jururawat.

Manusia juga tidak lepas dari membuat kesilapan, mungkin dari segi perbuatan, atau pun kata-kata. Tetapi, jangan pula, hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Hakikatnya adalah, jangan mudah untuk membuat andaian, atau generalisasi atas satu-satu pihak, mana yang baik harus dipuji, mana yang buruk, harus ditegur.

Admin ingin kongsikan, nukilan yang ditulis oleh seorang jururawat akan kehidupan mereka dalam memberi khidmat kepada masyarakat yang dipetik dari page Medical Mythbusters Malaysia . Terlebih dahulu admin ingin pembaca buka minda, buka hati, kerana tiada niat untuk menyebelahi mana-mana pihak, hanya atas dasar perkongsian sahaja, jom kita hayati!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jururawat pada Pandangan Masyarakat VS Hakikat Sebenar Seorang Jururawat

5tahun ++ in servis..
5tahun juga melihat,mendengar dan cuba menghadam segala tohmahan serta ketidakpuasan hati masyarakat kepada Jururawat..Seolah serba tidak kena sahaja tindak tanduk seorang jururawat itu dimata masyarakat..

Mungkin dalam organisasi kejururawatan sendiri, 5tahun itu terlalu baru,terlalu hijau dalam menjalani liku2 sebagai seorang jururawat..Sedangkan 5tahun servis di zaman viral memviral inilah,kelihatan terlalu ramai jururawat yang dicerca, dihina malahan didera secara tidak langsung terutamanya dilaman sosial. Dimana pengaruh media sosial dalam memviralkan sesuatu info yang tidak tentu sahih terlalu meluas..Indirect mentally abuse..Viral yang mampu bertahan bukan sehari dua malahan boleh di share bertahun-tahun lamanya. Ini memberi impak yang kuat kepada individu jururawat itu sendiri..

*Bagaimana aib bukan seorang jururawat malahan hampir semua jururawat dicanang,difitnah serta di perlakukan sewenang-wenang seperti mengambil gambar,mengeluarkan pernyataan berbaur ugutan,menuduh terlibat dalam dunia pelacuran serta pelbagai lagi.. *

Masyarakat mendefinasikan jururawat sebagai ;
a. Seorang yang sering berlagak hebat dari doktor di hospital..
b. Seorang yang sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada pesakit selain tidak ikhlas dalam
    melakukan perawatan      
c. Seorang yang hanya berkelulusan atas pagar dan menjadikan lesen sebagai pekerja kerajaan untuk
    berlagak seperti manusia bekerjaya mulia..
d. Seorang yang terlalu banyak mengeluh dari melakukan tugasan hakiki..
e. Seseorang yang tidak punya kesedaran diri bahawa gaji yang diperoleh untuk memberi makan anak
   serta keluarga adalah dari ehsan kerajaan dimana punca pendapatannya adalah dari cukai-cukai
   yang dibayar oleh rakyat.
f. Antara penjawat awam yang sering mempamerkan kecantikan semasa bekerja berbanding dengan
   tugasan yang sepatutnya dilakukan..
g. Antara pekerjaan pilihan terakhir yang akan dipilih oleh gadis2 jelita yang berotak kosong atas
    sebab mahu mengorat doktor yang kacak di hospital.
h. Tidak punya masa depan dimana hanya berada di tampuk yang sama berbekalkan uniform putih
    berline biru ditudung..
i. Yang merantau keluar negara pula lebih mengejar material dari memberi kebahagiaan kepada anak-    anak dan suami..

Pada pandangan masyarakat, sebagai seorang penjawat awam secara amnya dan jururawat khususnya, sepatutnya segala tugasan dan pekerjaan perlu dilakukan dengan ikhlas dan jujur serta amanah. Jangan sesekali mempersoalkan apa sahaja,complaint, atau suruhan seorang pesakit waima penjaga dalam urusan pekerjaan. 

Cuci berak pesakit, Sedut kahak pesakit, mandi lap pesakit, mengemas cadar pesakit serta banyak lagi kerja kotor adalah layaknya dilakukan oleh seorang jururawat kerana menjadi seorang jururawat adalah pilihan diri sendiri tanpa paksaan. Justeru itu, jika kemahuan tidak dituruti makanya maruah seorang jururawat itu boleh diperlekehkan sewenang-wenangnya..

Bagaimana pula seorang pesakit itu pada pandangan seorang Jururawat?Adakah setiap pesakit yang datang dari sesegak-segak perwatakan hingga kecapik-capik langkah adalah sama dimata seorang jururawat? Adakah jururawat akan memberikan *impresi* yang bukan-bukan pada setiap pesakit yang datang lebih-lebih lagi yang ditemui orang awam ditepi jalan terus ke unit kecemasan? 

Bagi jururawat sendiri, setiap pesakit adalah mereka yang sakit dimana memerlukan perawatan samaada di hospital, klinik-klinik ataupun perawatan perseorangan dirumah.. Sebagai seorang jururawat, adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan perawatan yang diberikan adalah optima. Jururawat tidak sewenang-wenangnya memperlakukan pesakit ikut suka mereka serta tidak sesekali menjaja aib seorang pesakit walaupun dia merupakan seorang penagih dadah ataupun seorang pelacu*..


Hakikat sebenar seorang jururawat itu adalah apabila perlu 
•mengorbankan kehendak diri berbanding kerjaya.. 
•Mengorbankan masa bersama anak-anak dan keluarga demi kehendak servis yang sentiasa kekurangan kakitangan..
•Memejamkan sebelah mata apabila kerja yang dilakukan adalah melebihi kerja hakiki seorang jururawat. 
•Melakukan kerja lebih masa apabila keadaan memerlukan samaada rela atau tidak demi memastikan perawatan terhadap pesakit dapat dilakukan sehabis baik. 
•Menahan telinga dari tohmahan masyarakat yang tidak nampak sebenarnya dimana letak kepentingan seorang jururawat itu di sesebuah Hospital. 
•Belum lagi ditambah dengan kerenah birokrasi komuniti kejururawatan itu sendiri yang jarang mahu dicanang-canang.. 
•Jururawat juga tidak boleh memilih jenis pesakit mana mahu dijaga, sakit jenis apa mahu dielak, pesakit bagaimana pula yang tidak mahu dirawat ataupun sikap pesakit yang bagaimana mahu dipandang sipi. 

Malahan, kadangkala;
•seorang jururawat itu tidak dibenarkan menjaga ahli keluarga sendiri yang dimasukkan ke dalam wad tempat jururawat itu bertugas bagi mengelakkan berlebihan perhatian diberikan kepada ahli keluarga sendiri berbanding pesakit-pesakit yang lebih memerlukan..

Ya..memang amat mudah berkata 'Tak mahu kerja jururawat, tak mahu buat kerja jururawat ataupun tak suka menjadi seorang jururawat, sila berhenti. Ramai lagi diluar sana yang boleh jadi jururawat'.
Memang..ramai yang boleh jadi jururawat, tapi menjadi seorang yang 'berjiwa' jururawat itu sendiri amatlah sukar dicari. Mari,berada di tempat kami,cukuplah seminggu; bukan menjaga satu,bukan dua, bukan tiga malahan lebih dari 4 pesakit dijaga oleh seorang jururawat sambil melayan kerenah pesakit yang berlainan latar belakang, kaum serta fahaman keagamaan. Belum lagi emosi pesakit yang sukar diramal. Jururawat bukan kuli,jururawat juga seorang manusia yang punya hak untuk disayangi serta dihormati..

Ya..Mungkin ada jururawat yang celupar diluar sana.. Mungkin ada jururawat yg tidak bersikap professional dalam melakukan tugasan.. Begitu jugalah pesakit serta penjaga.. Setandan pisang tidak semuanya elok.. Tetapi jangan disamakan yang satu itu dengan semua jururawat yang telah berkorban jiwa raga dalam kerjaya mulia ini..

P/s;
# Satu kisah yang ingin diselitkan disini bagaimana 'jiwa' jururawat itu muncul dalam diri sendiri terjadi semasa berada didalam semester 1. Tiga beradik bertengkar sesama sendiri, saling tolak menolak dalam menjaga ibunya yang 'sedang menunggu masa'. (Ibunya merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan anak-anak sendirian dengan menjadikan tubuh sebagai punca rezeki atas desakan hidup serta 3 perut yang ingin diisi selain keinginan melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran supaya tidak menjadi sepertinya kelak.) Didiagnos mengidap sejenis penyakit kelamin - tidak pasti apa-. 

# Berbalik kepada tiga beradik itu (yang tidak mempunyai idea pekerjaan sebenar ibunya semasa mereka sedang membesar dan masing-masing tinggal di asrama), mereka meminta ibu itu sendiri memilih siapa yang mesti menjaganya. At the end,ibunya hanya berkata "Takpelah, jika dengan menjaga emak akan mendatangkan aib kepada kamu semua,baliklah..Jururawat di sini, pelatih-pelatih disini ada untuk membantu mak dan memberikan kasih-sayang kepada mak walaupun mak orang luar. Mak tak doakan apa-apa, mak doakan cucu-cucu mak tak buat benda yang sama macam kamu buat pada mak".

# "Dik, bertuah ibu kamu dapat anak yang menjadi jururawat, tidak jijik malahan tidak menunjukkan riak geli pon pada makcik macam anak-anak yang dah makcik tatang dari sekecil-kecil tapak tangan hingga masing-masing dah besar macam ni. Makcik doakan semoga kamu dan yang lain-lain menjadi insan yang berjaya serta diberkati hidup. Jasa kalian walau sekecil mana pun, semoga Allah balas dengan balasan yang berlipat kali ganda" Titik

Mungkin ada pepatah baru yang boleh ditambah disini;
Seorang Ibu/Bapa boleh menjaga 10 seorang anak,
Seorang Jururawat boleh menjaga lebih dari seorang pesakit,
Tapi 10 orang Anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu/bapa dan juga belum mampu berterima kasih dengan seorang Jururawat pun..

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli