Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setiap Tahun, Penguin Ini Berjalan Terkedek-Kedek Ke Rumah Lelaki Yang Pernah Menyelamatkannya 4 Tahun Lalu



Brazil - Setiap tahun, Dindim - seekor penguin Magellanic - akan terkedek-kedek berjalan menuju ke belakang sebuah rumah di  Provetá Beach in Ilha Grande, Brazil.

Dan saintis percaya apa yang dilakukan oleh Dindim itu adalah kerana perasaan setia yang lahir apabila dia diselamatkan oleh seorang lelaki pada Mei 2011.

Jao Pereira de Souza - seorang tukang rumah yang sudah pencen - menyelamatkan Dindim ketika burung itu tidak dapat bergerak dan lemah disebabkan tersekat dalam tumpahan minyak di Rio de

Jao kemudian membawa Dindim pulang dan merawatnya sehingga pulih. Selepas beberapa hari, Jao melepaskan Dindim semula ke laut. Biarpun dibebaskan, Dindim kembali semula ke belakang rumah Jao setiap tahun.


Kisah Dindim dan penyelamatnya itu didokumentarikan oleh João Paulo Krajewski, seorang ahli biologi dan penyampai di Globo TV.

Menerusi satu emel kepada CNN, Krajewski berkata ketika penguin lain sibuk mengawan, Dindim pulang ke rumah penyelamatnya.

"Kami memang tidak tahu kemana Dindim pergi dan ianya satu misteri", kata Krajewski.

Namun pada Mac, saintis telah menanda Dindim untuk mengetahui pergerakannya.

"Buat kali pertama, kami ada bukti yang menunjukkan penguin yang pulang ke rumah en Jao adalah Dindim - kerana dia pulang dengan penanda yang sama.

"Ia tidur di kawasan belakang rumah En. Jao, yang bersambung dengan pantai. Dindim tahu kemana dia patut pergi apabila sampai di Ilha Grande, memandangkan selama empat tahun berturut-turut dia telah pergi ke kawasan yang sama iaitu belakang rumah En. Joe."

Menurut Krajewski, saat yang paling mengharukan yang sempat dia saksikan adalah bagaimana Dindim menyentuh muka Jao dengan lembut.

"Ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan antara mereka dan Dindim sangat selesa apabila berada dekat dengan En Jao.", kata Krajewski.

Kisah Joe dan Dindim pernah mendapat perhatian dunia sebelum ini, namun ramai yang sinis terhadap kisah itu sehingga ada yang mengatakan Joe memelihara Dindim dan penguin itu sebenarnya dikurung.

Namun, hasil pemerhatian terbaru dari saintis tentang pergerakan Dindim itu jelas menunjukkan penguin itu sebenarnya bebas dan tidak dikurung seperti yang didakwa.

Sementara itu, Joe menerusi temubual dengan GloboTV sebelum ini berkata dia sayangkan Dindim seperti anaknya sendiri.

"Saya sangat sayangkan penguin itu sama seperti anak saya sendiri dan saya percaya penguin itu juga sayangkan saya.

"Tak ada orang lain yang boleh pegang dia. Dia akan patuk orang lain jika mereka pegang. Dia akan tidur di atas paha saya, dan benarkan saya untuk memandi, memberi makan dan dukung dia", kata Joe.

Sumber : CNN


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli