Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Seringkali Berdepan Situasi 'Jet Lag' Yang Merungsingkan? Kini Tidak Lagi! 15 Tips Ini Dapat Membantu Anda Mengatasinya

No Comment

Keseronokan untuk bercuti sememangnya dinanti-nantikan oleh semua orang, dapat merehatkan diri, serta bersantai tanpa perlu memikirkan tugasan kerja. Ianya satu penantian yang sangat diimpikan, tidak kira bagi seorang pelajar, mahu pun seorang yang sudah berkerjaya. Melihat kehijauan bukit-bukau, gunung -ganang, serta menikmati hembusan bayu di pesisir pantai sungguh menenangkan. Tapi, jangan dilupa akan, 'jet lag'!

Jika diikutkan, 'jet lag' membawa maksud gangguan ritma harian, iaitu satu simptom sementara yang berlaku kepada manusia apabila terbang dengan laju melintasi zon waktu dan terbang pada waktu yang kurang sesuai. Dan gangguan inilah yang boleh merosakkan 'mood' untuk menikmati percutian yang panjang.

Namun, tahukah anda, 'jet lag' bukannya disebabkan oleh jangka masa penerbangan anda, tetapi ianya disebabkan oleh, lokasi yang anda tujui. Tapi, usah khuatir, dengan mempraktikkan 15 tips ini, anda pasti dapat bercuti dengan sepuas-puasnya. Jom kita tengok, tips infografik mengenai 'jet lag' dari Thomas Cook ini.



Dunia dibahagikan dengan 24 zon masa yang berbeza, dan setiap negara mempunyai zon masa mereka tersendiri. Oleh sebab itulah, kita akan mengalami 'jet lag' di mana badan cuba untuk menyesuaikan diri dengan zon masa sesebuah negara.

Kiraan jam pula, berbeza mengikut bacaan sudut. Pertambahan atau penolakan sebanyak satu jam akan terjadi bila mana kedudukan sudut berubah setiap 15 darjah. Serta, sudah semestinya, 'jet lag' bukan berlaku disebabkan masa perjalanan, tetapi oleh arah penerbangan, atau lokasi yang dituju.

Disebabkan penerbangan akan melewati zon masa yang berbeza, ianya akan menggangu tubuh badan kita, dan ia dipnggil 'circadian rhythm', ini adalah, perubahan fungsi biologi tertentu yang berulang dalam tempoh 24 jam.


Daripada perubahan fungsi biologi tersebut, badan akan mula mengalami ketidakselesaan, dan antara simptom yang dihadapi adalah, sukar untuk tidur, pening kepala, kepenatan, serta cirit-birit atau sembelit. Ianya akan lebih terkesan kepada seseorang yang berumur lebih 60 tahun, kerana mereka juga sering mengalami masalah tidur, oleh sebab faktor umur.

Namun jangan risau, mari kita lihat, apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan 'jet lag' ini.

Sebelum Memulakan Perjalanan


1. Ubah masa tidur anda: 
-Ke Barat (biasakan diri tidur lewat beberapa hari sebelum penerbangan), 
-Ke Timur (tidur dengan lebih awal dari hari kebiasaan)

2. Pakai cermin mata: 
'Circadian rhythm' bertindak balas dengan penerimaan cahaya semula jadi mahu pun lampu, dengan mengawal penerimaan cahaya, ia dapat mengubah tindak balas tersebut.

3. Transit: 
Cuba untuk mencari penerbangan yang mempunyai transit, ini bagi membantu badan menyesuaikan diri dengan zon masa yang baharu.

4. Bertenang: 
Sentiasa bersedia, dan tenang dalam menguruskan perjalanan

Semasa Di Dalam Kapal Terbang


5. Urus Aktiviti: 
Makan atau tidur mengikut zon masa tempatan, anda boleh menolak atau menambah masa mengikut lokasi yang dituju.

6. Penggunaan Ubat-ubatan: 
Jangan memakan ubat tidur semasa dalam perjalanan, kerana ia tidak membantu dalam perubahan biologi badan, lebih baik tidur secara semula jadi.

7. Minum Air: 
Pastikan anda meminum air secukupnya, tetapi, hindarkan dari meminum air beralkohol atau kafein.

8. Pastikan Diri Selesa: 
Anda boleh menggunakan penutup mata, atau penutup telinga bagi menyesuaikan diri, untuk melelapkan mata.

9. Sentiasa Aktif: 
Apabila penerbangan jauh, selalulah berjalan di sekitar kabin, serta melakukan regangan badan.

Tiba Ke Destinasi


10. Luangkan Masa Di Luar: 
Sinaran mentari dapat membantu proses penyesuaian zon masa dengan lebih pantas.

11. Ke Barat:
 
Luangkan lebih banyak masa pada waktu pagi, dan elakkan berada di luar pada waktu tengah hari.

12. Ke Timur: 
Lebihkan aktiviti pada waktu tengah hari.

13. 'Anchor Sleep': 
Pastikan pada waktu malam, anda dapat tidur minimum 4 jam, mengikut zon masa tempatan.

14. 'Masa Tempat Tinggal': 
Jika anda melancong kurang dari 4 hari, masa makan dan tidur anda, mengikut waktu tempatan.

15. 'Ganti Masa Tidur': 
Lelap seketika, bagi memastikan anda mempunyai masa tidur yang biasa anda dapat.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli