Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya dah Buat Kesilapan Terbesar Dalam Hidup Saya Menonton Video ini", Pengguna iPhone 7 Tertipu Dengan Prank Youtube Bagaimana Untuk Dapatkan Jack Headphone Guna Drill



Pengguna iPhone 7 yang 'lurus bendul' menyesal menonton satu video tutorial di Youtube yang mengajar bagaimana untuk 'mendapatkan kembali' lubang jack headphone di iPhone 7 menggunakan drill.

Ya, dengan menggunakan drill.

Bagi yang belum maklum, Apple membuat kejutan apabila mengumumkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang headphone.

Disebabkan itu, pengguna-pengguna iPhone 7 yang terdesak mula mencari jalan bagaimana untuk mendapatkan kembali lubang itu di iPhone terbaru mereka.

Blog tempatan, Wiser.my berkata,  satu video prank mengajar bagaimana untuk mendapatkan kembali lubang headphone di iPhone 7 menggunakan drill telah dibuat oleh seorang Youtuber, Techrax sebagai satira.


Video itu jelas merupakan satu prank kerana lubang headphone sudah tentu memerlukan litar khas untuknya, bukan dengan semudah membuat lubang menggunakan drill.

Tapi, malang bagi beberapa pengguna iPhone 7 yang lurus bendul, mereka mempercayai prank itu seterusnya merosakkan iPhone mereka.

James Ceja menulis "Saya sudah cuba tutorial ini tapi skrin sudah rosak dan tidak berfungsi lansung... Saya sudah lakukan kesilapan terbesar dalam hidup saya dengan menonton video dia (Techrax) ini".

Komen di Youtube
Komen di Youtube.


Komen para troll dari internet.

Nak tahu bagaimana tutorial itu? Tonton video dibawah. Tapi ingat, ia hanya sekadar prank. Jangan cuba di iPhone 7 anda.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli