Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sah, filem 'Train to Busan' akan ada sambungan


[Amaran : Artikel ini mengandungi spoiler filem 'Train to Busan']

14 Sep - Filem thriller 'Train to Busan' bukan sahaja mencatat keuntungan yang memberangsangkan, malah turut mencetuskan fenomena di seluruh dunia kerana kelainan yang diberikan di dalam filem tersebut.

Berbeza dengan filem-filem zombi lain yang lebih cenderung memaparkan aksi-aksi ngeri zombi meratah manusia, filem dari Korea itu lebih mengetengahkan apa yang terjadi kepada sifat kemanusiaan apabila terperangkap di dalam kecemasan wabak zombi.

Filem itu berakhir dengan adegan yang menyayat hati dimana watak utama, Gong Yoo, mengorbankan dirinya menjadi zombi semata-mata untuk menyelamatkan anaknya.

Tetapi mungkinkah ada sambungan untuk filem blokbuster itu? Gong Yoo menerusi satu tweet mengesahkan bahawa akan ada sekuel untuk filem 'Train to Busan.

"Dan akan ada sekuel untuk filem Train to Busan. Untuk anda semua", kata Gong Yoo semalam.

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada karakter Gong Yoo dihidupkan kembali memandangkan dia sudah menjadi zombi.

Menurut laporan dari portal hiburan Korea, Soompi sebelum ini, Gong di dalam satu temubual berkata dia pernah mencadangkan kepada pengarah, Yeon Sang Ho, untuk menghidupkan kembali karakternya dengan hidup sebagai zombi.

Namun, Yeon tidak bersetuju dengan berkata, karakter Seok (Gong Yoo) sudah mati selepas patah tengkuk ketika melompat dari keretapi.

"Saya berbincang tentang perkara ini dengan pengarah Yeon Sang Ho, dan saya berkata mungkin karakter Seok boleh dihidupkan semula sebagai Zombi

"Namun pengarah Yeon berkata apabila Seok jatuh dari keretapi, tengkuknya patah dan mati", kata Gong.

Menurut portal Variety, beberapa penerbit dari US dan Perancis sudah bersetuju untuk membuat semula filem Korea itu.

Sementara itu, Sony Pictures, 20th Century Fox, Gaumont, EuropaCorp dan Canal Plus, sudah menunjukkan minat untuk bekerjasama dalam membuat sambungan filem tersebut.

Sumber : inquirer
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli