Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja 16 Tahun ini Jana RM260,000 Dengan Hanya Menolong Ibu Bapa di China Beri Nama Inggeris Pada Anak-Anak Mereka

No Comment


Seorang remaja perempuan di Britain berjaya menjana hampir £50,000 hanya dengan menolong ibu bapa di China memberi nama inggeris kepada anak-anak mereka.

Beau Jessup, 16, hadir dengan idea laman web specialname.cn selepas dia diminta memberi nama inggeris kepada seorang bayi ketika dia mengunjungi negara China.

Portal Mirror berkata, terdapat permintaan untuk servis memberi nama inggeris di negara tersebut kerana ibu bapa di China mahu nama anak-anak mereka mempunyai bunyi barat.

Mereka percaya dengan mempunyai nama Inggeris - yang senang disebut, dibaca dan ditulis - akan menambahkan peluangn mereka untuk mendapat kerja dan belajar di universiti luar negara.

Namun, kerana akses internet disekat di negara itu, ibu bapa di China biasanya akan memberi nama inggeris yang pelik-pelik kepada anak mereka seperti  Rolex, Cinderella, Rambo dan Gandalf - memandangkan mereka tidak tahu maksud perkataan-perkataan tersebut, kata Beau.

Beau berkata : "Apabila saya pergi ke China, saya kerap kali diminta untuk menamakan bayi-bayi rakan ibu bapa saya

"Mereka berkata nama Inggeris itu penting kerana kita tidak boleh menggunakan nama China di emel atau permohonan universiti di UK. Nama Inggeris akan lekat selama-lamanya dalam hidup sehingga mati"



"Tapi saya juga dengar banyak nama-nama yang tidak elok digunakan oleh orang di sana (China) yang mereka dengar dari filem atau internet. Selepas itu saya mulai sedar ini adalah peluang untuk membantu orang China memberi nama dengan betul"

Laman web Beau membolehkan ibu bapa di China memilih nama Inggeris untuk anak-anak mereka dengan memilih karakteristik yang mereka mahukan - seperti elegen, laju, sensitif dan lain-lain. Selepas itu, laman web itu akan memberi cadangan nama inggeris berdasar karakteristik yang dipilih.



Beau berkata, sebanyak 221,000 nama bayi telah dikeluarkan oleh laman web itu sejak ia dilancarkan enam bulan lalu.

Untuk tiga kali cubaan, ibu bapa akan dikenakan caj sebanyak 60p (RM 3.20) dan setakat ini Beau berjaya memperoleh lebih kurang £48,000 (RM 260,000).

Bayi-bayi yang dinamakan menerusi laman web itu.

Sumber : Mirror
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli