Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Plasty' Si Anjing Yang Bebas Dari 'Penjara' Bekas Plastik

No Comment
Gambar hiasan balang plastik.

KOTA KINABALU 22 Sept: Penderitaan seekor anjing yang kepalanya terperangkap dalam bekas plastik di tempat pembuangan sampah di sebuah perumahan pinggir bandar berakhir apabila Unit Penyelamat Hidupan Liar menyelamatkannya, lapor MStar.

Insiden tersebut berlaku apabila anjing liar terbabit mencari makanan di kawasan perumahan Taman Inanam Laut, dan susulan laporan yang diterima oleh seorang pegawai kanan Jabatan Hidupan Liar Sabah operasi menyelamat dilakukan.

Anjing tersebut diberikan ubat penenang terlebih dahulu sebelum kepalanya dikeluarkan dari bekas platik oleh pasukan yang diketuai doktor haiwan Unit Penyelamat Hidupan Liar, Dr Nabila Sarkawi.

Menurut Unit Penyelamat Hidupan Liar menerusi catatan di Facebook, pasukan itu kemudiannya memberi rawatan kepada haiwan itu.

"Anjing itu mengalami dehidrasi kerana mungkin tidak makanan atau minum selama beberapa hari.
"Ia mungkin tidak akan mampu bertahan jika terperangkap untuk tempoh 36 jam lagi," kata Dr Nabila.

Anjing yang diberi nama 'Plasty' itu kemudian dibawa ke SPCA Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

-Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli