Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Permaisuri Johor dan Anakanda Tunai Haji

No Comment


JOHOR BAHRU, 5 Sept: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bersama rombongan diraja berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan haji.

Turut berangkat, Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

BH Online melaporkan, penerbangan Permaisuri Johor bersama Tunku Tun Aminah dan Tunku Abu Bakar dilaporkan berlepas pada 1.30 tengahhari tadi, manakal penerbangan yang membawa Tunku Idris serta Tunku Abdul Rahman berlepas pada jam 12.30 tengahhari tadi.

Namun, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tidak dapat bersama rombongan haji keluarga di raja itu atas faktor kesihatan.

Menurusi satu posting di Facebook, Sultan Johor bertitah baginda dan Permaisuri Johor pernah menunaikan haji pada 1985 dan pada tahun ini baginda bercadang membawa keluarganya menunaikan haji dengan turut menunaikan ibadah haji bagi Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

Bagaimanapun baginda menjalani prosedur angioplasty empat hari lalu menyebabkan doktor menasihatkan baginda supaya tidak berangkat mengerjakan ibadah haji kerana ia bukan sahaja membabitkan perjalanan yang jauh, malah perlu menghadapi pelbagai cabaran fizikal yang lain.

"(Pada mulanya) keluarga saya dan ahli rombongan tidak mahu meneruskan hasrat untuk ke tanah suci tanpa saya, namun adalah menjadi hasrat saya supaya mereka menyempurnakan perancangan terbabit. "Saya mahu pegawai kerajaan negeri dan petugas saya berpeluang menunaikan haji kerana mereka mungkin tidak berpeluang berbuat demikian pada masa lain.

"Walaupun saya sesungguhnya ingin bersama mereka, saya reda menerima ketentuan Allah bahawasanya hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui," titah baginda.

Selain itu tidak berangkat sama ke tanah suci ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che' Puan Khaleeda Bustamam.
.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli