Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemilik Produk Kosmetik Dilabel "Syok Sendiri" Sebab Nak Beli Panggung Wayang, Oleh Netizen



Kecoh di laman media sosial Instagram baru-baru ini selepas satu keratan gambar yang merakamkan kenyataan dari seorang pemilik produk kosmetik yang berkata ingin membeli sebuah panggung wayang dan sekiranya harapan itu menjadi kenyataan, dia akan belanja kesemua pengikut Instagramnya menonton wayang percuma setiap bulan.

Keratan gambar Instagram oleh pemilik Satin Skinz itu seterusnya menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah angan-angan besar yang dipasang oleh pemilik Satin Skinz ini untuk membeli sebuah panggung terkemuka dan hasratnya untuk belanja pengikutnya di Instagram untuk menonton filem sebulan sekali.
Keratan gambar dari Instagram Satin Skinz.
Kebanyakan komen dari netizen menyifatkan angan-angan pemilik Satin Skinz itu sekadar kosong bagi jenama yang 'baru nak up' dan ada juga yang menyifatkan angan-angan itu sebagai satu perkara positif.


Namun, setakat ini pemilik Satin Skinz masih belum lagi membuat sebarang kenyataan balas di laman Instagramnya.

Satin Skinz merupakan jenama yang diasaskan oleh sepasang suami isteri (Iskandar dan Mimi) sejak 2014 dan mempunyai beberapa rangkaian produk kecantikan seperti supplement, skincar, jamu dan banyak lagi.

Bagi kami, tidak salah untuk memasang angan-angan besar, malah segala kejayaan di dunia ini bermula dengan angan-angan.

Tetapi macam biasa, setiap perkara mesti ada yang membangkang dan ada juga yang menyokong. Itu boleh dikatakan adat lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli