Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelajar Ditarik Dan Dilarikan 2 Lelaki Bermotosikal Ketika Hendak Ke Sekolah (KEMASKINI: SELAMAT DITEMUI)


Dua lelaki tidak dikenali dilaporkan telah melarikan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, ketika keluar dari rumahnya di Jalan Suasana 4/2, Bandar Tun Hussein Onn, Lapor BH Online.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi di mana pelajar berkenaan, Nur Darleen Dazeera Azhar, 15, sedang menunggu van untuk ke sekolah di hadapan rumahnya.

Menurut cerita bapa saudara mangsa, Jalaluddin Md Zin, kejadian berkenaan telah dilihat pemandu van dan rakan-rakannya yang berada di dalam kenderaan itu namun mereka tidak sempat berbuat apa-apa.

"Dia (Nur Darleen) sepatutnya menaiki van itu ke sekolah. Bagaimanapun, pagi tadi dia dilihat ditarik dua lelaki bermotosikal dan dia duduk di tengah-tengah kenderaan itu. 

"Pemandu van dan rakan-rakannya nampak dia seperti melambai ke arah mereka tetapi, lelaki yang menunggang motosikal itu dikatakan memarahinya kerana berbuat demikian," kataya.

Jika orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh hubungi En Jalal 0102709043 atau balai polis terdekat. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli