Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Paralimpik : Siti Noor Iasah Mara ke Final, Cipta Rekod Asia



KUALA LUMPUR, 13 Sep: Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Arifin berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam acara 400 meter T20 waniat (masalah pembelajaran) dalam temasya Sukan Paralimpik Rio sebentar tadi.

Iasah berja memenangi saringan kedua acara tersebut dengan mencatat masa 58.6 saat sekaligus memperbaharui rekod Sukan Para Asia iaitu 1:01.33s miliknya yang diperoleh pada 2014.

Dalam peringkat saringan yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio, awal pagi tadi, Siti Noor Iasah memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat (S).

Siti Noor Iasah sudah memperbaharui rekod Sukan Para Asia ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu dengan catatan masa 60.35s untuk meraih pingat gangsa.

Saingan akhir acara 400m T20 wanita akan berlangsung esok, membabitkan lapan pelari terbaik daripada kedua-dua peringkat saringan. - BERNAMA

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli