Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Paralimpik : "Lari Kuat-Kuat Tau..", Adik Nur Iman Beri Kata-Kata Semangat Kepada Ibunya, Siti Noor Iasah



Johor Bharu, 13 Sep - "Lari kuat-kuat tau..", itu kata-kata semangat yang diberikan oleh Nur Iman Qaisara, anak kepada atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, yang akan berentap di final acara 400m T20 Paralimpik Rio esok.

Nur Iman memberi kata-kata semangat itu ketika bercakap dengan ibunya di telefon yang memberitahu dia sangat rindukan anak perempuannya itu.

Bagi keluarga Siti Noor Iasah, emas bukanlah segala-galanya tetapi mereka mahu Iasah lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

Suami Siti Noor Iasah, Muhammad Hafiz Abu Bakar berkata seluruh keluarga berdoa untuk kejayaan Iasah dan mereka memberi motiviasi untuk Iasah menerusi telefon setiap hari.

"Kami beritahu dia untuk fokus ketika perlumbaan dan tidak terlalu memikirkan kemenangan. Saya percaya jika dia melakukan yang terbaik, dia akan dapat beraksi dengan baik di final

"Saya tidak pernah menyangka dia boleh melakukan sepantas 58.96 saat di pusingan saringan, yang mana lebih pantas dari rekod peribadinya, 60.4 saat", kata Hafiz, yang juga seorang bekas atlet paralimpik negara.

Hafiz berkata sedemikian kepada akhbar The New Straits Times di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini.

Siti Noor Iasah akan berentap di final dalam acara 400m T20 paralimpik esok selepas dia berjaya memenangi acara saringan dan juga memecahkan rekod Asia. - Siakapkeli.my

Sumber : NST
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli