Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pandelela Terkedu Jadi Jutawan



KUCHING 3 Sept. - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong mengakui lidahnya kelu dan hampir tergamam apabila menerima imbuhan bernilai RM1.3 juta selepas berjaya memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Rio bulan lalu.

Pandelela menerima durian runtuh dengan nilai keseluruhan RM 1.3 juta menerusi insentif kerajaan negeri sebanyak RM500,000, sumbangan dua syarikat swasta RM100,000 serta sebuah kondominium bernilai RM700,000.

Menurut Pandelela, dia merasa sangat berbaloi atas pengorbanan yang diberikan dan bersyukur dengna kejayaan yang diperoleh bersama rakannya, Cheong Jun Hoong dalam acara 10 meter platform seirama wanita.

Cabaran dan halangan dilalui dengan tabah dan saya percaya ramai memberi sokongan terutama ibu bapa dan rakyat Malaysia, terima kasih semua.

Sebelum Olimpik, saya berlatih dengan gigih selama lapan jam sehari, enam kali seminggu disamping banyak cabaran diharungi seperti kecederaan dan tidak dapat balik ke Kuching untuk meluangkan masa bersama keluarga,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Pandelela berkata sedemikian ketika berucap di Majlis Meraikan Pandelela Rinong di Dewan Suarah hari ini.

Tambahnya, dia perlu pergi ke China untuk berlatih, malah pelajaran banyak tertunda ekoran latihan luar negara.

Akhirnya, pengorbanan ini berbaloi apabila saya dan pasangan mempamer terjunan yang kemas bagi memenangi pingat perak.

Meskipun bertanding di sukan terbesar dengan cabaran daripada penerjun terbaik di dunia kami dapat peroleh kejayaan,” ujarnya lagi.

Syarikat Techninier Sdn Bhd. menyumbang RM100,000  atas kejayaan Pandelela Rinong, manakala Tenaga Stabil Sdn. Bhd. memberi sebuah kondominum lengkap dengan perabot bernilai RM700,000 di MJC, Batu Kawa disamping menamakan sebuah blok di situ sebagai Residence Pandelela.

Sumber : Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli