Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Orang Sangka Saya Umur 19 Tahun," Wanita Kongsi Rahsia Kecantikannya, Kongsi Resepi Hasilkan Air Jamu Yang Diamalkan


Setiap wanita sudah pasti ingin kelihatan cantik dan menawan, ada yang sanggup lakukan apa sahaja untuk cantik, malahan sanggup ke luar negara berhabisan beritu ringgit.

Namun tidak dapat dinafikan ianya adalah lumrah bagi seorang wanita, bahkan bagi sesetengah lelaki juga, kebanyakan sudah pasti mencari yang cantik di mata untuk dijadikan pasangan, jadi tidak hairanlah wanita ingin cantik.

Untuk cantik sebenarnya tidaklah mahal, tetapi kena rajin amalkan petua yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita yang kebanyakan bergantung penuh kepada tumbuhan semula jadi yang sudah pasti selamat dan halal.

Keberkesanannya memang diakui, menjaga kecantikan wanita luar dan dalaman wanita itu sendiri, seorang wanita bernama Sahira Lim telah berkongsi rahsia kecantikannya di mana katanya dengan mengamalkan resepi kecantikannya itu orang ramai tidak percaya akan umurnya sehingga ada yang menekan belasan tahun.

Apa rahsianya? jom baca apa yang dikongsikan beliau.


Bayangkan!! Anak menakan ( anak buah ).. Terperanjat bila ira bagitau umur ira 24 tahun!!.😂😂..
Ira ingatkan muka Ira ni nampak macam 30 tahun pada pandangan anak buah .rupanyaaa.. Dia ingatkan ira baru 19tahun!!!...

Hahaha... Bukan dia je.Ramai lagi yang anmpak ira ni awet muda.. Ingatkan Ira budak sekolah pun ada tau!!.. Mungkin sebab Ira ni kecik, kurus dan awet muda.. Haaa...

Kita ni malas nak kongsi rahsia awet muda kita...tapi takpe la berkongsi kebaikan pun merupakan satu ibadah jugak kan?..

Nah kita nak share rahsia kecantikan kita!!..

Khasiat air rawatan traditional:

- Dalaman wanita
- Mengurangkan keputihan
- Seri wanita
- Awet muda
- Keluarkan aura positive
-Beri tenaga dan mencantikkan luaran kita..

Resepi air rawatan tradisional

  
4 ulas kunyit saiz 2 inci ( merawat luka dalaman)
Seulas halia saiz 2 inci ( membuang angin)
Sebiji buah manjakani ( mengetatkan bahagian dalaman wanita)
Sesudu asam jawa ( mengempiskan perut)
Sedikit gula merah (saje letak gambar besar )

Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak pakai banyak mana sebenarnya, cuma hati-hati dengan manjakani sebab pahit


Tumbuk kunyit dan biji manjakani, dan hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tapi ira tak suka rasa tajam halia kalau tumbuk sekali.


Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan 2 cawan air. Tunggu sampai mendidih.


Once dah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Ira campur asam jawa tadi dengan dua cawan air jugak. Biar sampai mendidih lagi.


Once dah mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ni tujuan dia untuk kurangkan rasa pahit manjakani tu. Kalau korang jenis suka pahit-pahit ni, tak perlu letak pun takpe. Ni pun biarkan mendidih, dan tunggu air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal, boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk.


Bila dah sejuk, dah boleh tapis and simpan dalam belas bertutup. Tadaaaaa!! Pati jamu anda dah siap~~

Minum seminggu satu hingga tiga kali sebelum sarapan. 

Ira amalkan minuman ni dan juga pil buatan sendiri... Senang.. Homemade je... Terjamin selamat untuk badan..

Resepi Pil Manjakani Homemade

Gambar Hiasan

Pil manjakani pula Ira keringkan dan blender dalam blender kering... Sehingga hancur menjadi serbuk dan ira masukkan ke dalam kapsul, jadi mmg 100% tulen manjakani.

Kebaikan yang kita dapat

- boleh dijadikan sebagai supplement harian.
- boleh dijadikan sebagai ubat jerawat
- dijadikan mask pada wajah (pink kan wajah,menaikkan seri dan menegangkan wajah)
- boleh disapu pada vagina sebagai masker (pembasmi keputihan, menggebukan vagina, memberi bau yang segar dan mengelakkan vagina dari berbau)
-merawat keputihan 
-merawat masalah angin badan
-untuk merawat luka dalaman ( ceaser)
-dan mampu untuk mengempiskan perut


Ha boleh la cuba resipi air traditional ni... Memang best!!!... Untuk buatkan air rawatan traditional ni kekal lama pun ada tipsnya jugak tau!. Tp kita akan kongsikan pada slot lain pulak ea!!.😍😍
Selamat mencuba!..dipersilakan share kalau rasa tips ni berguna

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli