Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Ajak Rakyat Sumbang Idea Untuk Bajet 2017



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengajak rakyat untuk bersama-sama menyumbang idea bagi penyediaan bajet 2017.

Menerusi akaun Twitter rasminya, Najib berkata orang ramai yang ingin menyumbang idea boleh berbuat sedemikian dari hari ini sehingga 19 September di laman khas yang disediakan.

"Anda ada cadangan bernas dan ingin menyumbang kpd #Bajet2017? Sebarkan bahawa mulai 5-19 September, idea boleh dikemukakan di https://bajet2017.najibrazak.com," katanya.

Selain dari memberi cadangan, orang ramai juga boleh mengundi cadangan yang sedia ada.

Setakat ini, idea-idea yang telah disumbangkan merangkumi topik seperti sara hidup, perkhidmatan penjagaan kesihatan, perumahan dan kehidupan bandar, pengangkutan dan infrastruktur, pmebangunan ekonomi dan juga pendidikan.


Sumber : Najib Razak


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli