Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Muncung Pesawat Rosak Terlanggar Helang, Pesawat Melakukan Pendaratan Kecemasan

No Comment
Helang yang dilanggar pesawat, Tarco Air.

KHARTOUM 13 Sept: Pesawat syarikat penerbangan Sudan, Tarco Air, terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas muncung pesawat itu rosak teruk akibat terlanggar seekor burung helang, baru-baru ini.

Insiden tersebut berlaku pada 10 September lalu apabila pesawat itu baru berlepas dari Lapangan Terbang El Fasher di ibu negara Sudan, Khartoum, menurut laporan Aviation Herald.

Jelas laporan itu lagi, pesawat Boeing 737 dengan kod penerbangan 3T-400 terlanggar burung helang yang muncul secara tiba-tiba di laluan penerbangan, menyebabkan muncung pesawat berlubang.
Bagaimanapun pesawat terbabit berjaya mendarat dengan selamat dan kesemua 108 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pesawat yang membawa 108 penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan sebelum dirempuh oleh… burung helang!" tulis Usamah Mohamed, salah seorang penumpang yang sempat memuat naik gambar kerosakan pesawat itu menerusi laman sosial Twitter,

Kes pelanggaran antara pesawat dan burung jarang berlaku kerana kebanyakan lapangan terbang memiliki cara untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengganggu laluan penerbangan.

Sumber: MStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli