Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menahan Azab Tersepit 30 Minit, Kereta Terbabit Nahas

No Comment

Kuala Lumpur: Akibat terbabit dalam kemalangan, seorang lelaki dan seorang wanita terpaksa menahan perit kesakitan lebih 30 minit selepas kereta yang dipandu mereka, sebuah Perodua Myvi, dan Proton Exora terbabit nahas, di Jalan Genting Klang berhampiran Masjid Wardieburn, lapor Harian Metro.

Dalam insiden jam 7.30 malam semalam, pemandu Myvi berusia 27 tahun cedera di leher manakala pemandu Exora, Carol Shanti John Raman, 47, cedera di belakang badan.

Menurut, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Ruslan Lokk, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.39 malam dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian, dan sejurus tiba di lokasi, didapati terdapat kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan dua mangsa cedera.

"Saksi yang berada di lokasi terkejut dan segera membuat panggilan kecemasan, serta mendakwa kejadian berlaku apabila Perodua Myvi dipercayai bergesel dengan Proton Persona dan Proton Exora sehingga hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh pagar Masjid Wardieburn", tambahnya.

Ruslan berkata, anggotanya segera memberikan bantuan awal kepada mangsa yang cedera dalam kemalangan itu.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli