Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Macam Kerja Orang Tak Lepas Sekolah Rendah' - Orang Ramai Kritik Kerja 'Baik Pulih' The Great Wall of China

No Comment

China - Beberapa foto yang memaparkan monumen berusia 700 tahun, The Great Wall of China dibaik pulih mendapat kritikan dari netizen di China.

Proses baik pulih laluan sepanjang 8 kilometer itu menjadikan laluan yang terlibat licin dan menyerupai jalan konkrit.

Menurut BBC, proses baik pulih itu menggunakan beberapa bahan termasuklah pasir dan konkrit.

"Ia kelihatan macam kerja orang yang tidak lepas sekolah rendah. Kalau macam ini jadinya, baik kamu letupkannya saja", tulis seorang pengguna media sosial Weibo.

"Ini satu layanan buruk terhadap monumen yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita! Macam mana orang-orang yang kurang tahap kesedaran budaya dibenarkan mengetuai kerja baik pulih ini", kata seorang lagi.

Timbalan Pengarah jabatan budaya Liaoning, Ding Hui turut mengakui kerja baik pulih itu hodoh.

"Kerja membaikinya sebenarnya agak hodoh," katanya sebagaimana lapor portal CCTV.

Namun katanya, proses membaik pulih struktur itu sebenarnya dibuat pada 2014 tapi ia baru sahaja mendapat perhatian umum apabila dimuat naik online.

Kerajaan China mendapat beribu-ribu kritikan dari rakyat negara itu dan juga orang luar selepas foto struktur warisan dunia itu viral.

 - Siakapkeli.my

Keadaan Great Wall of China yang rosak

Keadaan laluan yang telah dibaiki

Struktur Great Wall yang masih utuh.


Sumber : ShanghaidailyBBC
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli