Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Mengamuk Mati Selepas Ditembak Polis



Lahad Datu, 21 Sep: Seorang lelaki yang mati selepas ditembak di Kampung Merabung pagi tadi bukannya seorang penceroboh seperti yang diviralkan dalam media sosial sebelum ini. Sebaliknya, dia dipercayai bertindak agresif sebelum ditembak oleh polis.

Harian Metro melaporkan, lelaki berkenaan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu selepas kesan tembakan di tubuhnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad, pihaknya menerima panggilan dari penduduk kampung yang mengatakan suspek bertindak agresif dan cuba mencederakan orang awam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota polis yang cuba menenangkan mangsa dibaling objek keras sehingga seorang anggota polis cedera di kepala dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Susulan itu, anggota polis terpaksa melepaskan tembakan lalu mengenai tubuh lelaki terbabit," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Menurutnya, suspek dipercayai meninggal dunia di Hospital Lahad Datu dan polis masih menjalankan siasatan.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli