Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gelongsor Sepanjang 1,000 Kaki Yang Bakal Gegarkan Johor, Likers Siakap Keli Akan Diberikan Diskaun



20 Sep - Bagi yang belum tahu, Spritzer Slide the City akan kembali mengggegar Malaysia selama dua hari pada 14 dan 15 Oktober ini bertempat di Hutan Bandar MPJBT Johor Bharu.

Baca : (Video) Gelongsor Air Sepanjang 1,000 Kaki Bakal Menjadi Permainan Hangat di Johor

Bagi yang terlepas untuk membeli tiket Early Bird, jangan khuatir kerana jualan tiket pada harga biasa sudah mula dibuka di www.slidethecity.asia dan masih berbaki beberapa hari lagi sebelum jualan tiket pada harga biasa ditutup.

Selain menerusi online, orang ramai yang berminat juga boleh membeli tiket dari beberapa kafe terpilih di Johor Bharu iaitu Espressolab, Ah Gong Laksa, The Metallic Kitchen, Drum’s Café, The Bear & Fish, Just Want Coffee, Homies Café, La Strada Café dan Fruitnity Plus.




Tiket Spritzer Slide the City juga boleh didapati di beberapa agensi pelancongan terpilih iaitu HONG YI HOLIDAYS SDN BHD, AJ EXPRESS TRVEL, Local Best Holiday, TLC Travel & Tours Sdn. Bhd, JE Travel Sdn Bhd, Irama Travel Sdn Bhd dan Pelancongan Daya Kukuh Sdn Bhd.

Kod Promosi Khas Untuk Likers Siakap Keli

Untuk likers Siakapkeli pula, kami ada berita gembira untuk anda. Bermula esok, anda boleh menikmati potongan harga untuk semua tiket apabila menggunakan kod promosi SIAKAPKELISTCJB10 ketika membeli secara online.

Dengan menggunakan kod promosi SIAKAPKELISTCJB10 anda boleh menikmati potongan harga sebanyak 10%. Promosi ini adalah terhad untuk 1,000 orang sahaja dan akan berakhir pada 7 Oktober ini. Jadi siapa cepat, dia dapat. Tempahan boleh dibuat menerusi www.slidethecity.asia.

Jom bawa keluarga ke Spritzer Slide the City


Spritzer Slide the City merupakan satu acara yang dikhaskan kepada orang ramai untuk berehat sambil berseronok bersama keluarga.

Selain gelongsor luncur sepanjang 1,000 kaki, acara itu turut menyajikan beberapa permainan air lain yang sesuai untuk keluarga.

Peserta juga berpeluang menikmati pelbagai makanan dan minuman yang boleh didapati menerusi foodtruck-foodtruck yang disediakan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli