Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketahui 8 Langkah Mudah Ini Sebelum Anda Membeli Kereta

No Comment

Jika dilihat pada masa kini, banyak keluaran kereta-kereta baharu mula memasuki pasaran negara kita. Tidak kiralah kereta jenama antarabangsa, mahu pun kereta Malaysia sendiri. Ramai di antara kita sudah membuat kira-kira untuk membeli kereta baharu, jika dilihat dengan apa yang ditawarkan oleh sesebuah kereta tersebut.

Persediaan awal, atau pengetahuan awal tentang sesebuah kereta perlu di ambil kira, mana tidaknya, kereta juga merupakan salah satu pelaburan jangka masa yang panjang, dan jika anda ingin menukar kereta setiap lima tahun, ianya juga tidak mustahil.

BACA: Teringin Nak Tukar Kereta Baru, Pemuda Ini Ada Caranya

Namun begitu, pencarian sesebuah kereta juga mempunyai langkah yang perlu diikuti. Anda harus tahu, panduan atau langkah yang ada, ianya bagi memudahkan proses pencarian, atau membeli kereta. Admin ingin kongsikan, lapan langkah yang dikongsikan oleh Practical Motoring untuk anda jadikan panduan sebelum membeli kereta.


MEMBELI KERETA BOLEH MENJADI PENGALAMAN MENAKUTKAN DAN MENARIK, JADI IKUTI 8 LANGKAH BERGUNA INI UNTUK MEMBELI KERETA BAHARU.


Membeli kereta baharu adalah masa yang dinantikan, tetapi bagi yang tidak bersedia, kesulitan mungkin dihadapi. Jadi, untuk membantu anda, kami sediakan panduan yang mudah ini.


1. Tahu hak anda.


Membeli melalui seorang jurujual yang diiktiraf, anda dapat mengetahui perlindungan apakah yang ada, dan tidak jika anda membeli sesebuah kereta. Namun begitu, jika anda sudah membuat pilihan, tetapi ingin menukarnya kembali, anda perlu mengikut peraturan yang tertentu dan ia mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan sejumlah wang yang lebih, jadi anda haruslah tahu hak anda terlebih dahulu.


2. Pandu Uji


Sungguh mengagumkan jika ada yang membeli kereta tanpa memandu uji kereta tersebut terlebih dahulu. Tetapi, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Namun begitu, walaupun anda sudah membuat 'review', membaca 'flyers' dan mendengar maklumat dari jurujual, sebaiknya anda perlulah memandu uji kereta itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri saiz kereta, tempat simpanan barang, dan juga minyak yang diperlukan.


3. Servis


Bertanyalah mengenai kos yang akan dikenakan bagi sesebuah kereta, untuk tempoh sepanjang pemilikan kereta tersebut. Ketahui jua, waranti yang ada, dan sebab-sebab sesuatu waranti itu tidak boleh diguna pakai. Terdapat juga di mana, sesebuah pengeluar yang menawarkan servis percuma selama tiga tahun, atau mengikut kilometer. Tetapi harus diingat, selagi servis itu dilakukan mengikut apa yang tertulis di dalam buku servis, dan menggunakan alat ganti yang tulen, tidak mengapa jika dikenakan bayaran tertentu.


4. Bajet
Amat mudah untuk terbawa-bawa apabila membeli sebuah kereta baharu, jadi tentukan sendiri bajet anda. Jangan terpengaruh dengan "ia hanya akan tambah beberapa ringgit sahaja untuk bayaran bulanan". Anda harus uruskan sendiri perbelanjaan anda, dan bukan jurujual yang tawarkan perjanjian kewangan kepada anda.

Ambil kira semua kos pemilikan, bukan sahaja harga pembelian (atau pembayaran balik bulanan). Kalau boleh, jangan terikat dengan pakej perlindungan yang tidak berapa penting, seperti cat, pembaikan karat mahupun apa sahaja, jika anda perlukan juga, anda boleh membuatnya sendiri.

5. Pilih Hari Pembelian

Jurujual akan sentiasa terbuka untuk tawar-menawar, jadi gunakan peluang ini sebaik mungkin, pastikan anda dapat yang terbaik. Pastikan anda membeli kereta pada awal bulan, dan pada hari-hari tertentu, kerana, selalunya akan terdapat potongan harga yang tinggi, seperti, pada musim perayaan. Tetapi berhati-hati dengan tawaran tahun baru, kerana, harga untuk 'resale' akan mengikut tahun pembuatan.

6. 'Survey'

Pastikan anda membuat 'survey' dengan setiap pengeluar yang ada, anda boleh ke 'dealer' atau pun anda juga boleh membuat secara atas talian, dengan melihat tawaran yang ada.

7. Trade-in

Trade-in juga boleh dijadikan sebagai salah satu proses jual beli, pastikan anda tahu nilai sebenar dalam membuat 'trade-in' ini. Jika anda membuat trade in dengan kedai, dan tidak mendapat harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjual secara persendirian.


8. Insuran, dan Penghantaran

Jika anda berniat agar kereta anda dihantar ke rumah, pastikan anda telah membuat insuran terlebih dahulu untuk kereta tersebut, ini kerana kita tidak tahu, sama ada kereta itu selamat tiba atau tidak. jika sesuatu terjadi, semasa dalam penghantaran masih ada insuran yang mampu untuk digunakan.
-Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli