Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Susu Bawa Mudarat Kepada Murid Akan Disiasat - Kamalanathan

No Comment
P. Kamalanathan

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Kementerian Pendidikan akan memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan untuk menyiasat kes seorang murid yang mengalami masalah kesihatan serius setelah didakwa meminum susu di sekolahnya di Segamat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan berkata, pihaknya akan menyiasat secara terperinci kes itu berikutan doktor telah mencadangkan supaya kaki kiri murid itu dipotong susulan komplikasi kesihatan yang dialaminya yang dipercayai mempunyai kaitan dengan susu tersebut.

"Siasatan akan dilakukan sama ada ia berpunca daripada susu atau komplikasi perubatan lain. Prosedur pengedaran susu ke sekolah adalah dilakukan secara telus dari aspek pengedaran hingga simpanan.

"Kementerian akan meminta penjelasan daripada Jabatan Pendidikan Negeri dan menunggu laporan terkini mengenainya," katanya kepada pemberita.

Semalam, Saziila Anuar, 12, dilapor dimasukkan ke Hospital Segamat pada 27 Julai lalu kerana mengalami demam serta sakit perut selepas meminum susu yang diberikan pihak sekolahnya sebelum itu.

Dia yang dirawat di hospital, kemudiannya koma dan sebaik sedar, didapati sebahagian kaki dan tangannya menjadi kehitaman seperti terbakar hingga doktor mengambil keputusan untuk memotong kaki kirinya itu. Namun keluarganya tidak membenarkan tindakan itu.

Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli