Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kepada Kakitangan Kerajaan Yang Hendak Bercuti, Ketahui Ada 3 Jenis Rumah Peranginan Persekutuan Yang Mewah Tapi Murah Untuk Anda Tempah

Kredit gambar: Wahidayatul Aswa

Bercuti dan makan angin, ianya sudah pasti satu aktiviti yang amat disukai oleh setiap orang, namun kekangan kewangan mungkin sedikit merosakkan impian berkenaan.

Siapa yang tidak suka bercuti dan melancongkan, sudah pasti perkara pertama yang difikirkan adalah bajet, berapa modal yang perlu dikeluarkan terutamanya jika ramai anak atau saudara.

Tahukah anda, jika anda seorang penjawat awam kerajaan atau mempunyai saudara yang bekerja sebagai penjawat awam, anda boleh menyewa rumah peranginan persekutuan yang besar dan cukup segala kelengkapan dengan harga yang murah dari harga pasaran?

Rumah peranginan ini ada 3 jenis iaitu Rumah Peranginan Persekutuan (Premier), Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif) dan Rumah Transit.

Rumah Peranginan Persekutuan (Premier)

Siakah yang layak memohon?

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah mereka yang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia.

Kelayakan untuk menginap dalam kategori Premiser ini adalah mengikut kelayakan tertentu bermula daripada Gred 48 dan ke atas.

Lokasi


Berikut adalah kadar sewaan dan kelayakan.


Rumah Peranginan Persekutuan (Eksekutif)

Siakah yang layak memohon?

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di mana-mana RPP adalah seperti berikut :

Perkhidmatan Awam Persekutuan
Perkhidmatan Awam Negeri
Perkhidmatan Badan Berkanun ( 7 hari dari tarikh menginap)
Persara yang memiliki Kad Pesara Kerajaan Malaysia


Berikut adalah kadar sewaan dan kelayakan.
Rumah Transit

Rumah Transit adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri;

Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;

Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;

Penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
Penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
Penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan

Penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

Kemudahan Rumah Transit ini diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan di Bahagian Pengurusan Hartanah bermula pada 1 Julai 2009. Pada masa kini, terdapat sejumlah 37 unit Rumah Transit yang terdiri daripada dua (2) unit Rumah Teres jenis Semi-D yang terletak di Presint 11, Putrajaya ,1 buah rumah teres di Labuan dan selebihnya merupakan Rumah Apartmen 3 bilik terletak di pelbagai lokasi.

Rumah Transit adalah merupakan satu kemudahan tempat menginap sementara yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)

Anggota perkhidmatan awam yang layak untuk memohon menginap di Rumah Transit adalah seperti berikut :

Perkhidmatan Awam Persekutuan
Perkhidmatan Awam Negeri

Rumah Transit terdapat di enam (7) lokasi berikut :
Putrajaya (Semi-D & Apartmen)
KKKA Jalan Duta, Kuala Lumpur
KKKA Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
KKKA KLIA, Sepang
KKKA Tanjung Kupang, Johor
Labuan (Banglo)
Port Dickson, Negeri Sembilan
Rumah Transit yang akan dibuka terdapat di tiga (3) lokasi seperti berikut:
KKKA Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur
Labuan



Berikut adalah kadar sewaan dan kelayakan.


Bagaimana untuk memohon?

Klik di sini SBBPH

Tekan Klik di sini untuk mendaftar


Isi maklumat yang diminta.


Selepas tekan DAFTAR, anda akan menerima emel untuk pengesahan dan selepas itu anda boleh memilih lokasi yang diinginkan.

Peringatan: sila lakukan tempahan lebih awal untuk mengelak kesulitan kerana rumah adalah terhad.

Sila ke http://www.bph.gov.my

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli