Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kendong 250 Ekor 'Soft Toy' Pokemon Dari Cheras Ke Damansara Guna Pengangkutan Awam, Tapi Pelanggan Tak Datang Ambil


Sudah pasti ramai yang sudah mengenali Uncle David, penjual 'soft toy' yang pernah viral di laman sosial tahun lalu di mana beliau menjalankan perniagaan kecil-kecilan ini untuk membiayai pelajaran anaknya dan juga bagi menampung kos rawatan bagi kanser yang dihidapinya.

BACA: Kisah Sedih Warga Emas Jual "Soft Toys" Untuk Biayai Pelajaran Anak Dan Rawatan Kanser Yang Dihidapinya

Beliau sering berada di sekitar Bank HSBC Damansara untuk menjual 'soft toy' dan dikatakan selepas viral, perniagaannya mendapat sambutan ramai.

Namun, berita terbaru yang kami dengar, ada insan tidak bertanggungjawab telah melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kepada Uncle David apabila dikatakan telah memesan 250 ekor 'soft toy' pokemon tanpa sebarang bayaran, tetapi apabila jhari dijanjikan lelaki berkenaan tidak muncul.


Bayangkan apa perasaan beliau apabila perlu mengeluarkan modal dahulu, datang daripada Cheras menaiki kenderaan awam mengendong 250 ekor mainan pokemon ke Damansara, tetapi jadi begini.

Berikutan kejadian itu, ramai netizen telah memuatnaik gambar terbarunya itu dengan kapsyen berbunyi "Tolonglah uncle ini, seorang lelaki tidak bertanggungjawab telah menempah 250 ekor patung pokemon daripadanya namun tidak datang ambil, sekarang Uncle David kekurangan wang selepas membeli stok, sila kongsi dan tolong Uncle ini," tulis netizen dipetik dari worldofbuzz.

Netizen dilihat telah mula 'share' pelbagai status mengenai Uncle David ini untuk membantunya.



Sejak berita ini viral dari semalam dikatakan orang ramai telah pergi kepada beliau membantu dengan membeli mainan berkenaan, tahniah rakyat Malaysia.

Bagi anda yang berada di sekitar Damansara, inginkan patung pokemon comel bolehlah beli daripada Uncle David di depan bank HSBC Damansara sambil membantu beliau yang merupakan penghidap kanser selain menampung anaknya yang masih belajar. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli