Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kedai Kopi Caj Pelanggan 'Biadap' Dengan Harga Mahal dan Beri Diskaun Kepada Pelanggan Yang Sebut 'Tolong' & 'Terima Kasih'

No Comment


Sepanyol, 4 Sep - Sebuah kedai kopi di sini memutuskan untuk mengenakan caj yang lebih mahal kepada pelanggannya yang disifatkan biadap apabila membeli di kedai kopi tersebut.

Pemilik Restoran Blau Grifeu di Llanca mengambil keputusan itu apabila dia merasakan orang ramai kini bersifat tergesa-gesa sehingga lupa untuk bersopan santun.

Ideanya sangat mudah - jika pelanggan bersopan santun dan menyenangkan staf ketika membuat pesanan, harga kopi hanya akan dicaj sebanyak £2.52 (RM 13.70).

Sebaliknya, pelanggan akan dikenakan caj sebanyak £4.20 (RM 22.80).

Selain itu, pelanggan juga akan mendapat diskaun bonus jika menggunakan perkataan 'tolong', 'terima kasih' atau mengucap 'buenos dias' (selamat pagi) kepada pelayan dimana harga kopi akan diturunkan kepada £1.09 (RM6.00).

Pemilik kedai itu, Marisel Valencia Madris percaya tindakannya itu telah membuat satu perubahan besar di kedainya.

"Orang ramai kini sangat tergesa-gesa dan selalu lupa untuk menyebut 'tolong' apabila mereka meminta sesuatu

"Saya letakkan tanda sistem harga baru itu di tingkap dan banyak perubahan yang berlaku. Orang ramai kini lebih bersopan santun dan ini telah menjadikan kehidupan sehari-hari lebih baik", katanya.

Harga di kedai tersebut yang diletakkan dalam euro

Marisel, yang berasal dari Kolumbia berkata, orang-orang di sana lebih sopan apabila berhadapan dengan pelayan dan juruwang.

Wanita berusia 41 tahun itu juga berkata tindakannya itu terinspirasi dari sebuah restoran di Perancis, yang menawarkan diskaun berdasarkan kesopanan pelanggan. - Siakapkeli.my

Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli