Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jim Carrey Sifatkan Tuntutan Saman Tak Berhati Perut



LOS ANGELES: Aktor terkenal, Jim Carrey menganggap tuntutan saman oleh bekas suami teman wanitanya sebagai satu tindakan yang tidak berhati teruk dan mengambil kesempatan terhadapnya.

"Memang amat memalukan. Lebih mudah jika saya dapat bertemu dengan peguam lelaki itu dan menyelesaikan masalah, tetapi ada ketika dalam hidup ini anda perlu pertahankan maruah diri bila menghadapi kejahatan di dunia ini

"Saya tidak akan bertolak ansur dalam sebarang cubaan untuk mengeksploitasi saya atau wanita yang pernah saya cintai," kata Carrey dalam satu kenyataan, semalam. .

Sebelum ini, Mark Burton menyaman Carrey atas dakwaan mempekalkan ubat preskripsi kepada Carthriona White secara haram dan boleh menyebabkan kematian.

Burton memfailkan tuntutan 'menyebabkan kematian' di Mahkamah Agung Los Angeles, mendakwa Carrey, 54, menggunakan kekayaan dan status selebriti untuk mendapat dan mengagihkan bahan terkawal yang menyebabkan ketagihan dan boleh membawa maut.

White, 30, seorang jurusolek artis kelahiran Ireland, ditemui mati di pangsapurinya di Los Angeles pada September 2015, dipercayai membunuh diri. - AP

Sumberi : http://www.bharian.com.my/node/194564
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli