Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jangan Aniaya Peminjam PTPTN - Idris Jusoh



KUALA TERENGGANU, 25 Sept -- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi amaran keras kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Naisonal (PTPTN) agar tidak menganiayai peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman dari peminjam.

Namun, kata beliau, peminjam perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak PTPTN bagi mencari kaedah terbaik atau menstruktur semula pinjaman mereka agar bayaran balik dapat dibuat tanpa berlaku sebarang penganiayaan.

Tambah beliau lagi, kajian mendapati peminjam yang gagal membayar balik hutang PTPTN bukan dalam kalangan peminjam yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka yang terikat dengan pelbagai komitmen lain seperti ansuran rumah, kereta atau pinjaman peribadi.

"Apa yang penting, kalau kita berhutang mesti kena bayar. Jadi kepada peminjam jika tidak mampu bayar, jumpa pihak PTPTN terlebih dahulu bagi berbincang semula penstrukturan semula pinjaman berkenaan.

"Saya telah arahkan kepada PTPTN jangan aniaya sesiapa pun (peminjam). Kalau ada mana-mana peminjam yang rasa dianiaya, boleh datang jumpa saya secara peribadi dan bagi maklumat lengkap pihak PTPTN yang melakukan perkara tersebut," katanya.

Idris dalam pada itu turut menarik perhatian kepada para peminjam agar membudayakan sikap 'pinjam dan bayar balik' bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan dengan pihak yang memberi pinjaman.

Katanya, sejak PTPTN menggunakan pelbagai kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk menerusi potongan gaji secara bulanan, jumlah kutipan balik pinjaman itu semakin meningkat.

"Malah, sasaran PTPTN untuk capai kutipan RM2 bilion tahun ini sudahpun tercapai dan kami jangka sehingga akhir tahun ini jumlah kutipan tersebut akan meningkat sehingga RM3 bilion.

"Ini menunjukkan para peminjam semakin sedar tanggungjawab mereka dan budaya ini harus diaplikasi dalam kalangan peminjam yang lain," katanya.

Sumber : Bernama

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli