Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jabat Tangan Dengan Anwar : "Mahathir Sudah Terdesak", kata Salleh Keruak



KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak berkata kehadiran Tun Mahathir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim menunjukkan betapa terdesaknya keadaan yang dihadapi bekas perdana menteri itu.

Tambah beliau lagi, perkara itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

"Inilah apa yang kita panggil kepentingan politik. Ia jelas menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir," kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Menurut Salleh, Mahathir tahu parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mampu melangkah jauh secara sendirian.

"Jadi, beliau perlu menumpang Pakatan Harapan, seperti kapal angkasa yang memerlukan sebuah roket. Sebab itulah Mahathir cuba membina jambatan dengan Anwar - untuk memikat hati Pakatan," katanya.

"Mahathir akhirnya mengaku beliau sebenarnya tidak memiliki kekuatan untuk menjadikan partinya berjaya. Beliau perlu tumpang atas Anwar dan Pakatan,"

"Perbuatan Mahathir berjabat tangan dengan Anwar hari ini samalah seperti apa yang berlaku pada 1998, sehari sebelum Mahathir memusnahkan Anwar. Kucupan Mahathir adalah kucupan maut," katanya.

Sumber : Blog Salleh KeruakBH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak pun kira terdesak juga ni..menyambung semula silaturahim kan tuntutan agama..doakan yang terbaik untuk bekas veteran umno ini..

    BalasPadam
  2. Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dr. Salleh Said Keruak pun kira terdesak juga ni..menyambung semula silaturahim kan tuntutan agama..doakan yang terbaik untuk bekas veteran umno ini..

    BalasPadam
  3. Doakan supaya pemimpin kita berjaya mengalahkan org2 yg berfikiran khawarij yg mementingkan hawa nafsu sendiri. Semoga Allah membuka pekong mahadhir dan seangkatan dengannya

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli