Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Apa Yang Dipelajari Selepas Melawat Sendiri Kilang Yakult di Seremban

No Comment

Bila sebut pasal Yakult, mesti semua sudah terbayang botol kecil Yakult yang sungguh sedap dan berkhasiat tu kan? Tapi ramai rupanya yang sudah silap mengenai Yakult. Berkesempatan melawat ke kilang Yakult sendiri, banyak informasi dan pengalaman baru yang diketahui.



Yakult sememangnya bukan untuk kanak-kanak sahaja. Selama ini, ramai netizen yang menganggap minuman susu kultur ini hanya untuk kanak-kanak sahaja. Yakult patut dinikmati oleh semua orang kerana ia membantu kesihatan kita dengan menjaga keseimbangan bakteria baik dalam usus.

Satu botol kecil Yakult mengandungi lebih 30 bilion strain Shirota hidup. Strain Shirota adalah sejenis bakteria asid laktik yang kuat dan berupaya sampai ke usus secara hidup. Jadi, semua orang harus mengamalkan Yakult setiap hari.

Dan sebab itu juga sebenarnya kita hanya perlukan satu atau dua botol Yakult sahaja sehari untuk mendapatkan faedah kesihatan. Yang penting bukan minum banyak botol pada satu masa, tapi meneruskan minum sekurang-kurangnya satu botol Yakult sehari untuk jangka masa panjang.

Yakult Ace atau Yakult Ace Light, dua-dua mempunyai kebaikan yang tersendiri. Kedua-dua produk mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama, iaitu menyampaikan lebih 30 bilion bakteria baik hidup ke usus untuk membantu kesihatan kita.



Yakult mempunyai kilang di Seremban, Negeri Sembilan. Kilang ini merupakan satu-satunya kilang di Malaysia dan mengeluarkan hampir 470,000 botol Yakult sehari. Kilang ini memproses dan mengeluarkan susu kultur Yakult untuk pasaran Malaysia dan eksport ke Singapura. Kilang ini juga sedia menerima kunjungan daripada orang awam. Sehingga kini, lebih dari 2 juta orang pelawat telah datang melawat dan melihat sendiri cara pemprosesan Yakult.

Bagi yang mengambil berat tentang status halal Yakult, jangan khuatir kerana Yakult mendapat pengiktirafan sijil Halal daripada JAKIM. Menggunakan teknologi terkini dari negara Jepun, Yakult mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan kandungan bakteria probiotik hidup antara paling tinggi di pasaran – lebih 30 bilion strain Shirota dalam setiap botol Yakult.

Tahukah anda hanyaYakult di Malaysia sahaja yang mempunyai straw. Tambah menarik lagi, di botol Yakult juga ada disertakan bagaimana mahu membuka straw dari botol Yakult. Sungguh teliti cara pembikinan Yakult.


Bermula dari hujung Ogos, Yakult Malaysia sedang mengadakan peraduan Beli & Menang yang menawarkan hadiah hebat. Hadiah utama peraduan ini adalah percutian ke negara Jepun untuk 3 keluarga bersama duta Yakult, Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Lara Alana. Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu kumpulkan pembalut plastik pek Yakult dan tulis slogan dan hantarkan kepada Yakult.

Untuk Maklumat lanjut tentang peraduan Beli & Menang dan juga info lain, sila layari www.yakult.com.my. Yakult, Yakult!

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli