Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Individu-Individu Dalam Video Viral Bercumbu Bukan Guru & Tidak Berlaku di Sekolah - Menteri Pendidikan


Kuala Lumpur, 22 Sep - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata individu-individu di dalam video bercumbu yang viral di media sosial dan beberapa portal baru-baru ini bukanlah guru sebagaimana yang didakwa.

Selain itu beliau juga menegaskan kejadian itu tidak berlaku di sekolah.

"Isu viral guru didakwa bercumbu;slps siasatan,didapati bukan guru yg terlibat & bukan berlaku di sekolah.", tulis beliau dalam satu tweet.

Namun beliau berkata Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan terus menyiasat bagi mengenalpasti indvidu-individu dalam video tersebut dan lokasi sebenar ia berlaku.

"KPM akan terus melakukan siasatan bagi mengenalpasti watak-watak utama dan lokasi sebenar kejadian.", katanya lagi.

Sebelum ini, satu video yang memaparkan aksi dua individu bercumbu di satu kawasan menjadi viral di media sosial apabila ia dimuat naik oleh beberapa pihak. - Siakapkeli.my

Sumber : Twitter
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli