Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Mentua Kejam, Curah Asid

No Comment
Ibu mentua kejam

New Delhi: Ibu mentua sanggup mencurahkan asid kepada seorang wanita yang hamil, hanya kerana ingin membunuh bayi dalam kandungan, ianya selepas ramalan tukang tilik mengatakan bayi tersebut adalah perempuan.

S Girija, 27, dari Nellore,Timur India, rebah selepas ibu mentua dan kakak iparnya mencurahkan asid pada kandungannya, dalam kejadian 20 Ogos lalu.

Menceritakan kejadian itu, Girija berkata, ibu mentuanya sering memarahinya dan masih mendesaknya supaya membayar wang hantaran.

“Beberapa hari sebelum kejadian ibu mentua memanggil tukang tilik datang ke rumah. Sebaik diberitahu anak kedua ini juga perempuan, ibu mentua mula memukul saya dan memaksa saya menggugurkan kandungan”, kata Girija.

Menurut Girija lagi, suaminya berulang kali cuba melindungi saya dan meminta ibunya mendiamkan isu berkenaan, namun sebaliknya, ibu mentua membuat laporan polis terhadap saya dan suami mendakwa kami memukulnya kerana berebut harta,

Girija berkata, ibu mentua dan kakak iparnya mengambil kesempatan menyerangnya ketika suaminya keluar, namun dia sempat menyelamatkan diri dan lari dari rumah itu.

Polis mengesahkan ibu mentua mangsa melarikan diri, sementara suami dan bapa mentuanya yang tidak dinamakan dalam laporan ditangkap atas cubaan membunuh.

Sementara itu, pasukan perubatan berkata, Girija mengalami luka terbakar teruk lebih 30 peratus pada badannya.

Girija sudah mempunyai anak perempuan berusia 18 bulan hasil perkahwinan dengan suaminya pada Ogos 2014.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli