Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkini : 2 Beradik Disahkan Positif Zika, Masing-Masing Menetap di Miri & Kuala Lumpur



Kuala Lumpur, 13 Sep - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan pihaknya menerima dua lagi kes Zika terbaharu yang mana melibatkan dua beradik yang masing-masing menetap di Miri dan juga Setapak, Kuala Lumpur.

Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan berkata, mangsa di Miri adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang hamil dua bulan.

Difahamkan, mangsa telah mengunjungi sebuah klinik swasta pada 6 September lalu kerana mengalami demam berpanjangan. Hasil ujian darah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) medapati mangsa positif Zika & mangsa telah dimasukkan ke Hospital Miri pada 11 September lalu.

Selain itu, mangsa juga pernah bekerja di Singapura dan kali terakhir melawat negara itu pada 24 Julai hingga 29 Julai 2016.

Kes kedua pula melibatkan kakak kepada mangsa di Miri. Mangsa, 39, yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 6 September lalu selepas menunjukkan gejala Zika.

Mangsa mempunyai sejarah mengunjungi adiknya di Miri pada 26 Ogos lepas dan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 September.

Namun, semua enam ahli keluarga yang mendiami serumah dengan pesakit didapati tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda jangkitan Zika. - Siakapkeli.my

Rujukan : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli