Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cacat Penglihatan Tak Halang Pak Cik Zainal Kendong 30kg Minyak Attar Seharian Keliling KL Demi Sesuap Nasi

No Comment

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, itulah dapat dikatakan melihat  Pak Cik Zainal bin Ibrahim yang kini berusia 55 tahun mengandong 2 biji sambil di bantu tongkat untuk berjalan kerana tidak dapat melihat mengelilingi Kuala Lumpur menjual minyak Atar.

Beliau dilihat begitu bekerja keras untuk mencari rezeki yang halal tanpa mengenal erti penat lelah, bayangkan pada usia sebegini beliau membawa beg seberat 30kg mengelilingi KL dengan pendapatan tidak seberapa.

Terdetik melihat Pak Cik Zainal, Mohd Radzi Jamaludin yang terjumpa dengan insan ini telah memuatnaik satu pos di laman Facebooknya.

Jom kita baca,

Pak Cik Zainal bin Ibrahim yang berusia 55 tahun berasal dari Temerloh, Pahang. Merupakan anak ke 4 dari 8 orang adik beradik, beliau yang cacat penglihatan sejak lahir mencari pendapatan dengan berniaga Minyak Atar sejak 20 tahun yang lepas. Minyak Atar tersebut disimpan di dalam 2 beg yang digalas di atas kedua dua bahu beliau yang saya jamin beratnya melebihi 30kg setiap satu di samping satu lagi beg yang disangkut di leher.

Menurut beliau, di dalam sehari boleh memperolehi pendapatan sekitar RM25 ke RM50. Beliau tidak pula menceritakan jumlah modal.

Pak Cik Zainal tidak mempunyai tapak kekal berniaga. Beliau akan berniaga di masjid dan restoran di sekitar Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Gombak dan Setapak dengan menaiki pengangkutan awam. Selepas berniaga, beliau akan menumpang tidur di rumah kenalan atau di surau / masjid kerana tidak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur

Semasa kami berkenalan tadi, rancangan beliau adalah untuk bermalam di surau Balai Bomba Petaling Jaya kerana besok ingin berniaga di sekitar Bandar Sunway.

Tempat bermalam beliau untuk malam ini telah saya selesaikan. Bila ditanya, beliau memberitahu tempat bermalam untuk keesokan hari sudah beliau aturkan. Yang menariknya, Pak Cik Zainal ini tidur dalam keadaan duduk kerana tidak mahu kaki masuk angin.

Jika Tuan dan Puan berminat untuk membeli Minyak Atar dari Pak Cik Zainal, bolehlah menghubungi talian sahabat beliau En Ahmad di 019 3858429. Lebih molek, jemputlah beliau berniaga di majlis kenduri kendara, di masjid / surau kawasan Tuan Puan atau di mana mana premis yang dirasakan bersesuaian.

Lagi molek, tolong kongsikan status ini, buat sedikit marketing untuk beliau.

Akhir sekali, jika ada sesiapa yang lebih mengenali Pak Cik Zainal, mohon bantu memastikan kesahihan maklumat yang saya telah kongsikan ini.

Sekian, wassalam.

kepada yang terserempak dengan Pak Cik Zainal bolehlah bantu beliau dengan membeli minyak Atar daripada beliau.

Jangan tanya adakah pihak berwajib bantu dia, kita tak tahu, tapi tanya apakah kita buat untuk bantu dia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli