Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Bukan Soalan UPSR" - Kementerian Nafi Terdapat Soalan Berbaur Perkauman Dalam Kertas UPSR



KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan hari ini menafikan dakwaan viral yang mengatakan terdapat soalan yang berbaur perkauman di dalam Bahasa Melayu Kertas 2, UPSR 2016.

Menerusi satu kenyataan pada Khamis, kementeria berkata siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan mendapati soalan seperti yang tersebar dalam media sosial itu bukanlah soalan yang terdapat dalam UPSR 2016.

Tambah kenyataan itu, soalan yang dibina dalam setiap kertas soalan oleh Lembaga Peperiksaan telah melalui proses penilaian memastikan ia mencakupi kurikulum dan menepati objektif mata pelajaran berkaitan.

Sambil melahirkan kekesalan atas penyebaran kenyataan yang tidak benar itu, kementerian menyatakan pihak LP amat mementingkan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terutamanya dalam konteks soalan peperiksaan.

Sumber : Bernama


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli