Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Budak Berbadan Besar Main Ragbi Cetus Perdebatan


SYDNEY: Kelebihan berbadan besar dan tegap yang dimilik oleh seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ketika beraksi di pertandinan ragbi di Australia telah mencetuskan perdebatan serta mengundang kemarahan segelintir ibu bapa yang hanya mampu melihat anak mereka dirempuh dengan mudah sekali oleh kanak-kanak itu.

Meaalofa Rayson Teo, yang berasal dari Dandenong, Victoria, menjadi perdebatan setelah dia membantu pasukannya menjuarai acara ragbi bawah sembilan tahun di Canberra pada hujung minggu lalu.

Rakaman Teo beraksi dirakam dan dimuat naik dilaman Youtube dan juga Facebook.

Menerusi video terbabit, Teo dilihat langsung tidak mempunyai masalah untuk melakukan touchdown kerana fizikalnya yang lebih besar berbanding kanak-kanak lain.

Namun, fizikal yang dimilik oleh Teo itu mencetus perdebatan kerana badannya dilihat lebih besar dari kanak-kanak lain.

Malah, ada yang memberi cadangan agar sukan ragbi dalam kalangan kanak-kanak diasingkan mengikut berat pemain bagi memastikan semangat kesukanan dikekalkan.

"Perlawanan ini tidak adil. Kanak-kanak yang menyertai kejohanan itu tidak akan belajar apa-apa selain terpaksa melepasi budak bersaiz besar itu," kata seorang pengguna laman sosial yang tidak didedahkan identitinya.

Bagaimanapun, bapa Rayson, Karene Te'o tampil untuk mempertahankan anaknya dengan menyifatkan corak permainan agresif budak tersebut tidak menggambarkan sifat peribadinya.

"Rayson merupakan pemain yang baik dan agresif tetapi berhati baik.

"Dia merupakan seorang budak yang sentiasa bersikap merendah diri," katanya.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli