Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak 4 Tahun Maut, Akibat Hentakan Beg Udara


Besut 16 Sept: Seorang budak lelaki empat tahun maut dipercayai terkena hentakan beg udara yang mengembung selepas kereta yang dipandu bapanya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kampung Gong Kemuntong, Jertih, siang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa Mohd Syawal Amsyar Mohd Fakhruzi, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sewaktu kejadian mangsa duduk di kerusi penumpang hadapan, sementara ibunya, berusia 30 tahun duduk di kerusi penumpang belakang.

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang memakai tali pinggang keledar bangun berdiri di atas kerusi sambil bermain lalu bapa mangsa yang berumur 32 tahun menyuruhnya duduk dan tiba-tiba bapanya melihat kereta di hadapannya membrek dan bergerak perlahan kerana keadaan lalu lintas yang sesak", katanya.

Menurut Mohd Zamri lagi, bapa mangsa bertindak membrek kereta, namun disebabkan jarak yang dekat keretanya melanggar kereta Proton Iswara di hadapan kemudian kereta Iswara itu pula melanggar kereta Perodua Kelisa di hadapannya.
"Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua beg udara papan pemuka (dashboard) hadapan pemandu dan penumpang hadapan terbuka dan disebabkan itu, mangsa dipercayai terkena hentakan beg udara yang keluar hingga mengakibatkan lehernya patah,” tambahnya lagi.

Manakala, bapa dan ibu mangsa termasuk pemandu dua buah kereta lagi tidak mengalami kecederaan.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluar dan di bawa pulang ke kampung ibu bapa mereka di Kampung Tok Dor di sini.

Mohd Zamri berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian , Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli