Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tilapia Tidak Mengandungi 10 Ribu Sel Kanser Seperti Didakwa - Jabatan Perikanan Malaysia

Artikel yang tersebar, viral di laman sosial.

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial sehingga isu ini menjadi viral. Terdapat dakwaan yang mengatakan kononnya ikan tilapia membawa penyakit, di mana penyakit tersebut boleh menyebabkan kematian.

Kenyataan berkenaan mendakwa, ikan tilapia diberi makanan yang tidak sihat, bukan dari sumber semula jadi dan berunsurkan Genetically Modified Organism (GMO), yang akan menyebabkan ikan tilapia membawa satu sel kanser. Walaupun dakwaan tersebut hanya menyebut ianya hanya terjadi kepada ikan tilapia dalam sangkar sahaja, namun, isu ini mampu membuat orang ramai tidak senang duduk.

Terkesan dengan dakwaan yang menjadi viral ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui satu kenyataan, menyangkal sama sekali akan apa yang diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Maklumbalas Terhadap Dakwaan Ikan Talapia Mempunyai Sel Kanser oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

*Antara Isu Yang Dibangkitkan:

1. Ikan tilapia mengandungi 10 ribu sel kanser menurut laporan kajian WHO
#Ulasan DOF
-WHO tidak langsung mengeluarkan laporan sedemikian di laman webnya.
-Tiada artikel saintifik (di dalam dan luar negara) berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.

2. Ikan tilapia diternak dengan “hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals”
#Ulasan DOF
-Tiada laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan tilapia di negara ini.
-Pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini kebanyakannya menggunakan strain tilapia yang ditambahbaik melalui pembiakbakaan (selective breeding), kacukan dan hybrid untuk tujuan meningkatkan kadar tumbesaran. Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi.

3. Omega 6 fatty acid in tilapia can increase risk of getting blood clot, arthritis
#Ulasan DOF
-Kajian saintifik yang dijalankan oleh FRI bersama WorldFish pada tahun 2010 berkaitan kandungan fatty acid dalam isi tilapia mendapati paras omega-3 lebih rendah berbanding omega-6.
-Penentuan risiko kepada kesihatan manusia untuk penyakit seperti dinyatakan di atas dibuat dengan mengira nisbah omega-6 kepada omega-3. Jika nilainya melebihi 5, ia dianggap berisiko kepada kesihatan manusia.
-Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati nisbah yang direkodkan adalah 3.3 yang menunjukkan ia jauh lebih rendah daripada paras berisiko tersebut.

RUMUSAN
Ikan Tilapia Malaysia berpotensi besar di dalam pasaran domestik dan eksport serta mempunyai stok ternakan yang baik juga selamat untuk dimakan.

*Orang ramai diharap tidak terkesan dengan dakwaan tidak benar akan ikan tilapia, dan dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia ini, orang ramai harus lebih berhati-hati dalam menerima maklumat yang tidak sahih, dan seharusnya membuat pengesahan kepada pihak berwajib terlebih dahulu.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli