Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berhenti Belajar, Untuk Mengejar Cita-Cita - Ziyad


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Walaupun terpaksa melupakan pengajian di peringkat kolej, namun, Muhammad Ziyad Zolkefli seharusnya berbangga kerana cita-citanya mahu menjadi atlet nombor satu dunia akhirnya tercapai.

Atlet paralimpik negara itu nekad berhenti belajar di sebuah kolej swasta selepas menerima tawaran Majlis Sukan Negara sebagai atlet sepenuh masa.

Muhammad Ziyad menyumbang emas kedua negara di Sukan Paralimpik dengan rekod baharu dunia acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan jarak 16.84 meter pada Sabtu, selepas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi meraih pingat emas pertama negara dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy).

Ibunya, Siti Arfah Abdul Rashid berkata anak sulungnya itu meminati sukan olahraga sejak di bangku sekolah rendah dan sering meraih keputusan cemerlang di kejohanan peringkat sekolah mahupun daerah, dan beliau tetap sentiasa mendoakan kejayaan serta menyokong setiap keputusan anaknya yang kini berusia 26 tahun, walaupun tidak bersetuju pada peringkat permulaan.

"Makcik pernah beritahunya sukan ini susah untuk masa depannya, Ziyad perlu ada sijil untuk mendapatkan kerja tetap, tetapi anak saya tetap berdegil dan mahu menjadi atlet," katanya kepada pihak Bernama, tulis Utusan.

Tambahnya lagi, walaupun Ziyad tidak seperti anak orang lain, dia mempunyai perancangan yang baik tentang masa depan. Serta berbangga dengan beliau. Ziyad juga seorang anak yang rajin dan tidak menyusahkan orang.

Siti Arfah berkata kejayaan meraih pingat emas itu juga bermakna buat Muhammad Ziyad yang akan melangsungkan perkahwinan bersama Zafirah Nasir pada November ini.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada Muhammad Ziyad sebagai pengiktirafan kepada anak jati Selangor itu yang telah mengharumkan nama negara.

"Saya merakamkan rasa gembira rakyat Selangor apabila salah seorang atlet kita dapat meraih pingat emas dan kebetulan dia datang dari Gombak. Insya-Allah selepas Aidiladha ini kita akan membincangkan satu pengiktirafan pada atlet kita yang beraya meraih pingat emas," kata Azmin.


Sumber: Utusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli