Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bayi Ditinggalkan Bersendirian Oleh Pembantu Rumah

No Comment

Melaka 22 Sept: Naluri keibuan seorang wanita merasakan anaknya berada dalam kesusahan ternyata benar apabila pembantu rumahnya, warga Indonesia dipercayai melarikan diri dan meninggalkan bayi lelaki tanpa dijaga bersendirian di dalam rumah.

Kejadian berlaku di Taman Putra Bukit Baru,di sini, kelmarin, yang menurut sumber menyatakan, keadaan bayi terbabit hanya disedari ibunya berusia 30-an selepas pulang untuk melakukan pemeriksaan jam 1.30 tengah hari, tulis Harian Metro.

“Wanita itu berasa ada yang tidak kena selepas mendapati pintu pagar utama rumah terbuka. Dia mula cemas apabila gagal membuka pintu rumah yang berkunci.

“Bimbang dengan keadaan bayinya, wanita itu menjerit nama pembantu rumahnya namun tidak bersahut. Dia menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan bomba,”
katanya.

Rumah terbabit juga ditinggalkan dalam keadaan berselerak seperti tergesa-gesa mahu melarikan diri, selain membahayakan keselamatan bayi lelaki berkenaan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh Dzulkarnain Abd Halim berkata, seorang pegawai dan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke rumah mangsa selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.38 tengah hari.
Menurutnya lagi, ketika sampai di lokasi, anggota bomba terbabit dapat mendengar tangisan bayi lelaki berkenaan yang berada di dalam rumah.

“Kami meminta keizinan daripada pemilik rumah sebelum mengumpil pintu di bahagian dapur menggunakan peralatan khas. Selepas 10 minit, kami membuka pintu berkenaan dan mengesan lokasi bayi terbabit.

“Anggota kami berasa amat lega apabila menemui bayi lelaki berkenaan yang sedang merangkak ke arah dapur. Pemeriksaan awal dilakukan mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan,”
katanya.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli