Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Baru 11 Hari Berkahwin, Suami Pergi Selamanya, Luahan Isteri Terkenang Saat Pengenalan Hingga Kehilangan Suami Tercinta

No Comment

Setiap yang hidup pasti akan meninggalkan kita, memang pedih dirasakan bila kehilangan orang tersayang, tapi itulah ketentuan ilahi.

Kehilangan yang tersayang amat pedih lebih-lebih lagi hubungan sah yang dibina masih baru, itulah yang berlaku kepada insan ini, Puan Nurnaqiah Mahadzir apabila lelaki yang sah menjadi suaminya baru 11 hari telah pergi meninggalkannya akibat terlibat dalam kemalangan.

Beliau telah memuatnaik satu status iaitu surat kepada suami yang cukup sayu dibaca di mana dia menceritakan detik pengenalan dengan suaminya itu sehingga arwah pergi diusia terlalu baru perkahwinan mereka.

Jom kita baca status beliau, mungkin ini salah satu cara meluahkan rasa sedihnya yang baru semalam kehilangan suami tercinta.

Heyy awak, selamat pagi sayang.. minggu lepas waktu ni saya hantar awak depan pintu, awak nak pergi kerja.. suruh tunggu nak rasa macamman rasa balik kerja ada isteri tunggu dekat rumah.

''Syok la tu balik-balik saya ada di rumah..hek"

Tapi hari ini sayahantar Yaasin kepada awak.. ingat tak kita selalu bergurau , kalau saya pergi dulu macam mana?

Lepas tu awak pun sibuk juga nak soalan yang sama... TIRU!.. tapi begini rupanya rasa tanpa awak.. kosong..kering..

Awak, awak... semalam cukup enam tahun awak add Facebook saya.. lepas tu saya hampir-hampir remove awak sebab ingat awak mat rempit mana dok add saya...😝.. tapi saya tak delete...


17 Oktober 2010, awak komen di status saya,.. lepas tu sehingga ke chat box.. kawan punya kawan.. dekat 2 3 bulan baru awak mintak nombor telefon saya..itu pun susah sangat-sangat nak mintak!.

Pastu kita mula berkawan sampai 19 Julai 2011, awak bagi hint-hint nak saya jadi lagi special dalam hidup awak,, itu pun susah juga nak bagitahu.. main tarik tali sungguh! hek.



Kita pun janji setia sampailah bila-bila sebab kita sama-sama pernah kecewa sebelum ini... saya sentiasa ingat ayat awak tu.. saya pun janji akan tunggu awak... memang kena tunggu sungguh... tiap kali nak keluar mesti kena tunggu.. lepas tu mulalah saya nak merajuk..tapi bila tengok muka awak tak jadi nak marah..itu saya geram sangat tu..haishh 😝

Lepas saya habis belajar..kerja..awak belum lagi..tak apa saya kata..saya akan tunggu sebab saya nak awak tahu saya sentiasa sokong awak!.

Alhamdulillah lepas enam tahun berkawan..awak pun bekerja..impian kita nak berkahwin dah nampak..kita tunang 21 Disember 2015.. lepas itu saya pilih 16 September 2016 tarikh kita kahwin sebab kononnya nanti nak hari cuti bila sambut anniversary.


12 hari awak jadi suami saya cukup-cukup 6 tahun kita berkawan di Facebook..alahai sayang..kejap sangat saya jadi isteri awak..saya janji nak jaga awakkan...tapi sekarang Allah jaga awak.😊

Terima kasih untuk segalanya awak..saya sayang sanagt-sangat kat awak..dari awal kita berkawan..kami ikhlas sayang awak..sebar dengan segala ujian yang datang.


Semuanya untuk awak..impian saya nak tangok awak berjaya pun semua awak bawa pergi bersama..semua sayang awak..semua kata awak baik..betul... awak memang baik..kalau saya stress awak akan tolong saya juga sebab kalau tak awak akan serabut kepala sekali..hek.


Okay awak.. nanti saya hantar surat kepada awak lagi yer...duduk baik-baik di sana..Allah ada jaga awak..InsyaAllah.. dari saya untuk awak wahai SUAMIKU..ISTERIMU.. yang nak sangat panggil awak abang walaupun awak kata tak kisah panggil apapun...


Salam takziah daripada kami team Siakapkeli kepada Puan Nurnaqiah dan keluarga atas pemergian arwah, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli