Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bapa Nur Shakinah Sahkan Anaknya Selamat, Telah Pulang Ke Rumah Sewanya Di Rouen


Pelajar Malaysia yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu di Perancis, Nur Shakinah Naim,19, dilaporkan selamat dan telah pulang ke rumah sewanya di Rouen, lapor Berita Harian.

Berita tentang Nur Shakinah ini disahkan sendiri oleh bapanya, Naim Awang, 46, di sini, sebentar tadi.

Memetik laporan Bernama, ibunya, Nor Halizah Ahmad memberitahu berita gembira itu disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang datang ke rumahnya sebentar tadi.

Ahad lalu, anak kedua daripada enam beradik itu dipercayai hilang di Normandy di utara Perancis yang terletak kira-kira 140 km dari ibu kota negara tersebut.

Menurut laporan, Norsakinah dikatakan keluar dari kediamannya pada jam 12 tengahhari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) dan kehilangannya disedari rakan serumah kira-kira jam 8 malam waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

Beliau merupakan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di Institute University of Technology (IUT) Rouen di Normandy, Perancis, sejak tahun lalu. - Siakapkeli.my


KEMASKINI MENYUSUL
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli