Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Atlet Paralimpik Negara Lakar Sejarah Menangi 2 Emas Untuk Malaysia, Cipta Rekod Dunia



KUALA LUMPUR: Atlet Paralimpik negara mencipta sejarah apabila memenangi dua pingat emas dalam temasya Paralimpik Rio dan lebih dari itu, salah satu dari emas itu berjaya dimenangi dengan mencipta rekod baru dunia.

Malaysia sebelum ini belum pernah memenagi pingat emas dalam temasya sukan tersebut. Sebelum ini, pencapaian terbaik Malaysia dalam sukan tersebut adalah satu perak dan dua gangsa pada tahun 1992.

Pingat emas pertama dimenangi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi pada Sabtu di Rio de Janeiro, (Ahad di sini) dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan tidak lama kemudian, pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).

Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah Brazil (12.54s).



Muhammad Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 meter untuk mencipta rekod dunia dan memungut emas dalam cubaannya yang kelima.

Muhammad Ziyad memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012. Dimitrios Senikidis dari Greece memenangi pingat perak dalam acara itu di Rio dengan lontaran 16.17m dan Hodgetts meraih pingat gangsa dengan lontaran 15.82m. -

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli